Baru berusia 15 tahun namun semangat dan iltizam yang dimiliki si genit Cici sangat besar.
Memiliki nama sebenar Feli Stacy Paimin, si gadis manis ini merupakan seorang penyanyi yang aktif dan terlibat dalam industri hiburan & muzik tanah air sejak umur lapan tahun.
Cici berasal dari Kundasang, Sabah dan bersekolah di Sekolah Seni Malaysia Sabah. Beliau membawakan genre muzik Balada, Pop & Rock .
Lagu Ku Takkan Mengalah ciptaan oleh Shaiffulhan telah dianugerahkan kepada Cici untuk menyanyikan lagu ini setelah Cici dinobatkan Juara dalam pertandingan Bintang Remaja RTM Sabah 2019.
Penciptaan lagu ini juga secara tak langsung terhasil apabila komposer Shaiffulhan telah memenangi Juara dalam pertandingan Carta Lagu Artis Sabah musim ke-12 dengan lagu yang dipertandingkan berjudul Keseorangan nyanyian Santiana Ramli .
Oleh itu, Shaiffulhan telah ditawarkan untuk mencipta lagu ini untuk Cici menerusi pertandingan itu .
"Lagu ini membawa maksud yang mengisahkan erti sebuah perjuangan dalam seni hiburan tanah air. Ku Tak Kan Mengalah menjadi pilihan Judul Lagu bersesuaian dengan usia cici 15 tahun untuk terus berjuang dalam bidang seni demi mencapai kejayaan yang gemilang," katanya.
Bagi Cici yang pernah menjadi Juara Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan 2016, Juara Bintang Remaja RTM Sabah dan Naib Juara Ceria MegaStar MiniStar (ASTRO) 2019, harapannya adalah untuk menjadi salah seorang perserta dalam pertandingan berprestij, Anugerah Juara Lagu.
Biar perjalanannya masih jauh, semangat dan keinginan yang disemat tidak mustahil untuk direalisasikan.
Lagu yang muziknya telah disusun oleh Jasnie Mohd Yakub mendapat perhatian dan edaran secara digital oleh label rakaman Luncai Emas kerana Shaiffulhan merupakan Komposer yang mempunyai perjanjian eksklusif di bawah naungan hakcipta Luncai Emas .
Para pendengar, peminat setia Cici dan rakan media boleh dengarkan lagu Ku Takkan Mengalah di semua saluran digital seperti Spotify , Joox & Apple Music dan jangan ketinggalan untuk menonton video lirik penuh di youtube Luncai Emas .
Semoga Cici akan sampai ke Pertandingan Akhir Carta lagu Artis Sabah musim ke-14 dan berharap dapat menjejak Pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) !
Maliah Surip
Fri Jul 16 2021


Suami Fatin Afeefa Berani Sindir Adam Shahz Secara Berdepan - “Takkan Nak Takut dengan Lelaki Ini?”
Berani ek!

“Penyondol Tak Patut Hidup Bahagia…” - Anak Saudara Zalina Zaini Luah Rasa Kesal
Isu makin besar

Setahun Kahwin, Syafiq Farhain Umum Bakal Jadi Bapa - “Isteri Akan Bersalin Sekitar…”
Tahniah!
.png?ext=.png)
Lepas Tanya Mana Syamsul Yusof Ketika Puteri Sarah Pergi Umrah, Netizen Syak Ira Kazar Ajak Main Bakar Marshmellow?
Netizen Siasat Ira Kazar Ajak Syamsul Main Bakar Marshmellow?

“Bukan Macam Drama Melayu Biasa” - Netizen Setuju Projek: High Council Another Level!
Setuju!

Netizen Puji Neelofa Bertutur Bahasa Melayu Dengan Anak; “Rileks Je, Walaupun Tahu Dia Speaking Macam…”
Comel Bilal

"Saya Nak Tenang, Tak Obses Populariti Atau Glamor Lagi" - Hafiz Hamidun Mahu Lebih Masa Bersama Anak
Hafiz Hamidun muncul dengan sentuhan terbaharu, single berjudul Inni Tawakkaltu.

Konsert Hanya Satu Malam, Peminat Boleh Pilih Lagu Didendangkan Pada Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir
Konsert Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir kurang satu bulan sebelum menjadi kenyataan di Malaysia.
![[VIDEO] Simple! Netizen Puji Majlis Bertandang Reen Rahim & Suami - “Dia Artis Tapi Tak Kisah Pun Sanding Dengan Pasangan Lain…” [VIDEO] Simple! Netizen Puji Majlis Bertandang Reen Rahim & Suami - “Dia Artis Tapi Tak Kisah Pun Sanding Dengan Pasangan Lain…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-14_8.png?ext=.png)
[VIDEO] Simple! Netizen Puji Majlis Bertandang Reen Rahim & Suami - “Dia Artis Tapi Tak Kisah Pun Sanding Dengan Pasangan Lain…”
Simple je kan!

“Helok! Bergegar Ov**i…” - Anzalna Nasir Melting Tengok Ketampanan Suami Sendiri
Wow Anzalna