Usahawan kosmetik Datuk Seri Hamiza Othman atau Datuk Seri Vida (DSV) terkejut melihat aksi anak sulungnya, Cik B yang sedang menghisap vape.
DSV telah memuat naik video aksi tersebut di laman Instagram miliknya, @datoserivida.
"Cik B hisap vape? Macam ye ye jer.. Muka sikit punya feeling... Tapi yang penting... Cik B dah berjinak jinak dgn foundations... Kreatifnya dia punya imaginasi... Kejut mama tengok," tulis DSV.
Menerusi video tersebut, DSV merakam aksi Cik B yang kononnya sedang menghisap vape.
Objek yang sedang dihisap oleh Cik B merupakan sebotol bedak asas yang menyerupai bentuk vape.
Selepas melakukan aksi menghisap 'vape', Cik B melakukan silap mata dan mengeluarkan kapas dari mulutnya.
Di akhir video, Cik B mencalitkan bedak asas tersebut ke tangan dan menyapu bedak itu ke muka.
Aksi lawak Cik B nyata menghiburkan hati netizen, terutamanya pengikut laman Instagram DSV.
Cik B sering melakukan video-video kreatif dan mengumpul peminat tersendiri di laman Instagram miliknya, @cikb_havoc66 yang kini mengumpul lebih 95,000 pengikut.
Sebelum ini, Cik B pernah menghasilkan video kelakar berkenaan dengan topik jejaka yang ingin menghampiri ibunya.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @datoserivida