Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Cik Epal Dedah Pernah Buang Ego & Cuba Perbaiki Hubungan - “Cuma Dengan Kes Milan Buat Hati Hancur & Tertutup Untuk duda Aku”

Asyikin Mayudin
28/10/2024 23:55 MYT
Pempengaruh media sosial dan usahawan Cik Epal mendedahkan dia pernah membuang egonya dengan meminta maaf setiap hari ketika rumah tangganya dengan Jofliam sedang bergolak.

Cuba perbaiki hubungan

Menerusi perkongsian di Instastory, Cik Epal berkata dia menyedari kesalahannya dan ingin mencuba memperbaiki hubungan kerana enggan anak-anak jalani kehidupan keluarga berpecah.

“Jangan cakap fasal ego. Aku buang jauh ego aku. Salah aku atau tidak, hari-hari aku minta maaf. Aku cuba perbaiki hubungan sebab aku tak nak Han dan Yuki ada broken home.

“Waktu ni aku dah bercerai tapi jawapan duda aku hanyalah ‘dah terlambat’,” kata Cik Epal yang turut memuat naik semula video dia berada di kedai Jofliam pada 23 September lalu.

Pernah berusaha

Pada perkongsian yang sama, Cik Epal turut mengakui dia sudah berusaha untuk rujuk namun hatinya hancur disebabkan isu di Milan yang melibatkan melibatkan Jofliam dan wanita bernama Dewi.

“Ok. Aku dah usaha untuk rujuk pada mulanya cuma dengan kes Milan, buat hati aku hancur dan terus tertutup untuk duda aku. Aku rasa Allah tahu apa yang terbaik untuk aku,” katanya lagi.

Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai status hubungan Jofliam dan Cik Epal, malah pelbagai khabar angin mula timbul mengenai rumah tangga mereka termasuk dakwaan kehadiran orang ketiga.

Selepas sepuluh tahun melayari bahtera perkahwinan, akhirnya Cik Epal mengesahkan dirinya sudah bercerai dengan bekas suaminya, Jofliam menerusi Instagram pada 9 Oktober lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dewi Bukan Warganegara Indonesia Seperti Yang Dinyatakan - “ Saya Orang Malaysia”

ARTIKEL BERKAITAN: “Ambil Je La Duda Aku, Aku Sedekah Dekat Sesiapa Yang Memerlukan” - Cik Epal

ARTIKEL BERKAITAN: Putarkan Lagu Hantu Atau Buaya, Cik Epal Tuju Dekat Siapa?

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu Banyak Fitnah, Dewi Tampil Beri Penjelasan - “Sejujurnya Saya Lebih Rela Untuk…”

#cerai #Ego #Dewi #Jofliam #Cik Epal #Pempengaruh media sosial
;