Berita

Cik Manggis Nervous, Netizen Pula Minta Bersedia Dibuli Nabil

gempak
Syafiqah Jalal
16/11/2020
11:38 MYT
Sponsor Banner
Cik Manggis Nervous, Netizen Pula Minta Bersedia Dibuli Nabil
Penyanyi Cik Manggis akui rasa gementar untuk muncul sebagai hos jemputan Meletop yang bersiaran secara langsung di Astro Ria esok.
Cik Manggis atau nama sebenarnya Nurshazwani Shamsuddin yang memaklumkan perkara tersebut di Instagram meminta agar pengikutnya berkongsi bagaimana untuk hilangkan rasa gemuruh.
“Sesiapa ada tips untuk hilangkan nervous? Mungkin boleh share kat sini!
“Jumpa esok, Inya-Allah,” katanya.
Menerusi perkongsian itu dia memuat naik poster promosi program tersebut.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya termasuk yang memintanya bersedia untuk ‘dibuli’ Nabil Ahmad yang merupakan hos tetap Meletop.
“Bersedia lah untuk dibuli Nabil,” kata salah seorang netizen.
Pun begitu, tidak ramai juga yang berkongsi tip untu menghilangkan rasa gemuruh.
“Selawat banyak-banyak,” komen salah seorang pengikutnya.
“Kunyah gula-gula getah, apa-apa pun selamat maju jaya,” ucap salah seorang warga maya.
“Baca ayat kursi banyak-banyak,” tip dari salah seorang warga net.
Cik Manggis merupakan salah seorang ahli kumpulan De Fam yang turut dianggotai oleh Azira dan Sophia Liana.
Meletop bersiaran setiap hari Selasa jam 9 malam di salurah Astro Ria dan Astro Ria HD.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live