Laman Utama

“Cincin Tu Sebagai Tanda Ke Hubungan Yang Lebih Serius” - Ubai

gempak
Mya Amri
07/04/2023
09:50 MYT
Sponsor Banner
“Cincin Tu Sebagai Tanda Ke Hubungan Yang Lebih Serius” - Ubai
Pempengaruh media sosial, Ubai menjelaskan cincin yang dibeli kepada cinta hatinya iaitu penyanyi, Shila Amzah merupakan cincin tanda.
Menurut Ubai, cincin itu merupakan tanda untuk membawa hubungan ke arah lebih serius.
“Bukan cincin kahwin tapi cincin tanda untuk hubungan yang lebih serius. Doakan yang baik-baik untuk kami.
“Kami tak rancang, hanya kebetulan. Ketika itu kami nak berbuka lepas tu ternampak kedai cincin dan saya tertarik dengan sebentuk cincin.
“Kemudian dia cuba dan berkenan lalu saya pun beli. Jadi cincin tu saya jadikan sebagai tanda untuk perhubungan kami,” katanya ketika ditemui Gempak.
Mengulas mengenai perkahwinan, Ubai memberitahu mereka mahu memberikan fokus terhadap kerjaya terlebih dahulu.
“Setakat ini kami memang ada merancang untuk ke fasa seterusnya tetapi buat masa sekarang saya lebih memberikan fokus kepada kerjaya saya sebagai seorang producer.
“Saya juga menasihati Shila untuk fokus terhadap kerjayanya tambahan pula selepas sahaja puasa dia harus memberikan fokus untuk konsert pula,” jelasnya.
Terdahulu, Shila membuat kejutan dengan memuat naik video beserta kapsyen “akhirnya Sha setuju, terima kasih buat semua yang mendoakan baik-baik. Semoga Allah permudahkan segalanya,” di akaun Instagram membuatkan ramai yang teruja.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live