Isteri kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tuanku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda mengungkap kesyukuran kerana masih berpeluang meraikan ulang tahun kelahirannya hari ini bersama keluarga tercinta.

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram miliknya, Che’ Puan Khaleeda yang dilahirkan pada 16 Julai 1993 itu berkongsi tentang kepentingan menghargai keluarga.

“Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah berdoa atas kesejahteraan saya dan keluarga,” ujar ibu kepada empat cahaya mata itu.

Che’ Puan Khaleeda yang memuat naik sekeping foto bersama ibunya di hantaran sama turut mendedikasikan entri apresiasi buat individu signifikan digelar Mama itu.

“Saya juga ingin meluah penghargaan kepada kamu, bidadari yang melahirkan saya ke dunia ini dan membesarkan saya hingga jadi seperti dilihat hari ini.

“Terima kasih untuk segala-galanya. Semoga kamu terus berada di bawah lindungan serta rahmat Allah SWT di dunia dan akhirat, Mama. Tiada kata dapat jelaskan betapa saya sayang dan rindu kamu.

If you have your parents beside you, give them a kiss now and tell them how much you love them,” pesannya.

A post shared by YAM Che' Puan Besar Khaleeda (@ymchepuankhaleeda)


Baru-baru ini, Che’ Puan Khaleeda dilantik sebagai Pro-Canselor baharu Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkuat kuasa 12 Julai hingga 11 Julai 2024.