BERITA
"Come Baby, It’s Time To Come Out" - Kongsi Gambar Hamil 40 Minggu, Peminat Doa Julia Ziegler Dipermudahkan Bersalin
Pelakon Julia Ziegler mengakui tidak sabar untuk menantikan kehadiran anak sulungnya bersama suami, Johan.
Menerusi entri di Instagram (IG), Julia berkongsi gambar terkininya yang sedang hamil 40 minggu.
"Labor is approaching. Come baby, it’s time to come out. #40weekspregnant
#juliajohanjunioriscoming #bismillah," tulisnya.
Selain ucapan tahniah, peminat turut mendoakan agar kesihatan Julia dan bayinya sentiasa sihat.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat sudah mula menunjukkan rasa tidak sabar untuk melihat anaknya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi dan mendoakan proses bersalinnya nanti dipermudahkan.
Julia atau nama sebenarnya Julia Bob Fauzi Ziegler diijab kabulkan dengan jurutera mekanikal yang hanya dikenali sebagai Johan pada 1 Januari 2017.
Must-Watch Video