Filem yang diadaptasi daripada jenama permainan popular, Barbie pernah mencetuskan fenomena yang luar biasa sewaktu ditayangkan di pawagam tahun lalu.

Hal ini dibuktikan menerusi kutipan pecah panggung yang diraih sebanyak AS$575.4 juta (RM2.7 billion), sekali gus menjadikan Barbie sebagai filem dengan kutipan tertinggi di Amerika Syarikat.

Filem kolaborasi antara pengarah Greta Gerwig, Mattel dan Warner Bros Discovery itu juga turut berjaya melakar nama di tahap yang lebih tinggi apabila memenangi Anugerah Golden Globe ke-81 bagi kategori Pencapaian Pecah Pangguk Dan Sinematik.

Masih belum move on dengan filem lakonan Margot Robbie dan Ryan Gosling itu? Kini anda boleh saksikan kembali kehidupan Barbie yang penuh dengan warna dan bagaimana rutin hariannya selepas memasuki dunia nyata menerusi Astro di HBO GO.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh bawa seisi keluarga anda ke Astro Experience Store di IOI City Mall Putrajaya yang telah dihias dengan tema merah jambu ‘Barbie’ dan jangan lepaskan peluang untuk bergambar bersama watak Barbie kegemaran anda.

Berita Trending: "Sebenarnya Nak Tanya Laa Berapa Gaji DJ Radio Ni .." - Netizen Kurang Senang Lihat Hani…


Lebih menarik, dapatkan barangan Barbie secara percuma apabila anda melanggan Pek Movies Astro. Bagaimanapun, stok adalah terhad sehingga 31 Januari ini.

Nikmati hiburan bertaraf antarabangsa dengan Pek Movies Astro, kini dengan tawaran terhad hanya RM66.49 sebulan. 

Tertakluk pada terma dan syarat*