Laman Utama

Confirm! Betul Guys! Mat Kilau Ditayangkan Di Netflix Sempena Hari Malaysia

Mya Amri
07/09/2022
06:30 MYT
Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof bakal ditayangkan di platform penstriman digital, Netflix sempena hari Malaysia.
Berita baik ini juga telah diumumkan oleh Netflix dalam satu kenyataan kepada media.
Menurut Netflix, Mat Kilau akan disiarkan secara global pada 16 September kecuali Indonesia di mana filem ini akan dilancarkan pada 14 Oktober depan.
Netflix juga mengumumkan, Mat Kilau akan menyertai 150 karya tempatan lain dalam koleksi Rekaan Rakyat.
Antara karya yang tersenarai dalam koleksi Rekaan Rakyat adalah BoBoiBoy: The Movie, Fly by Night, Maria Mariana Ii, Jimi Asmara dan banyak lagi.
Filem epik terhangat Mat Kilau ini dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian, Johan As'ari, Datuk Rahim Razali dan Datuk Jalaluddin Hassan.
Untuk rekod, Mat Kilau mencipta sejarahnya sendiri apabila menjadi filem dnegan jumlah kutipan paling tinggi dalam sejarah perfileman negara.
Selepas 33 hari ditayangkan di pawagam, Mat Kilau telah mengutip sebanyak RM90 juta, mengatasi filem Avengers: End Game yang mengutip RM87 juta di Malaysia sebelum ini.
Jangan lupa saksikan Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan pada 16 September ini di Netflix.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Polis Evo 3 & Projek: High Council Kini Boleh Distrim Di Netflix!

gempak
18/03/2024
14:55 MYT
Polis Evo 3 dan Projek: High Council boleh distrim menerusi aplikasi Netflix di Astro Ultra & Ulti Box.
Terkini

Najib Mahu Man On The Run Dikeluarkan Daripada Netflix

gempak
08/01/2024
05:27 MYT
Datuk Seri Najib Razak menerusi peguamnya, memohon pihak pendakwaan mengambil tindakan segera dengan mengarahkan perkhidmatan penstriman Netflix, mengeluarkan filem dokumentari Man On The Run yang sedang ditayangkan di negara ini
Laman Utama

Mat Kilau, Imam Tayang Di Namibia, Terima Respons Positif

gempak
09/11/2023
13:45 MYT
Orang luar negara suka!
Laman Utama

Disiplin Persiapkan Baju Untuk Seminggu, Siapa Macam David Beckham?

gempak
10/10/2023
14:45 MYT
David Beckham diketahui mempunyai gangguan Obsesif Kompulsif (OCD)
Laman Utama

10 Promosi Best Sempena Hari Malaysia! Hey Geng Kaki Makan Apa Tunggu Lagi Jom Tebus

gempak
16/09/2023
02:55 MYT
Bestnya! Banyak makanan menarik!