Selepas tertunda akibat pandemik Covid-19, filem sekuel ketiga Conjuring iaitu The Conjuring: The Devil Made Me Do It akhirnya ditayangkan.

Filem seram ini menyaksikan kesinambungan daripada Conjuring 2 yang ditayangkan pada 2016.

Malah, naskhah kelapan dalam ‘universe’ Conjuring ini dikatakan jauh lebih menyeramkan berbanding sebelumnya.

Bagi yang tertanya adakah filem ini wajib ditonton, ini 5 fakta menarik tentang The Conjuring: The Devil Made Me Do It yang anda perlu tahu.

#1 Kisah Benar Berlaku Pada Tahun 1981

Watak utama Ed dan Lorraine Warren kembali dengan kes terbaru mereka apabila seorang kanak-kanak berumur lapan tahun dirasuk.

Situasi menjadi kecoh apabila kanak-kanak itu, David Glatzel menjadi semakin teruk hingga mengancam keselamatan keluarganya.

Difahamkan, filem ketiga ini diinspirasikan daripada kes mahkamah Arne Johnson yang terkenal sebagai kes undang-undang pertama di Amerika Syarikat.

Kes ini menjadi kes pertama yang menggunakan ‘demonic possession’ sebagai pembelaan undang-undang untuk jenayah bunuh.

Sejauh mana filem ini diterjemahkan ke layar perak, anda wajib tonton!

#2 Rasukan Bertukar Ganti

Filem ini menampilkan kelainan apabila roh jahat yang ‘mendiami’ badan David berpindah kepada teman lelaki kakaknya iaitu Arne Johnson.

Pun begitu, situasi berkenaan bukanlah mengurangkan masalah sedia ada, sebaliknya isu menjadi bertambah serius apabila berlaku insiden pembunuhan.

#3 Kuasa Lorraine Warren Makin Luar Biasa

Menerusi filem ini, anda akan melihat keupayaan luar biasa Lorraine dengan lebih kompleks.

Jika sebelum ini, Lorraine dikenali dengan kemampuannya untuk melihat bayangan atau berhubung dengan roh, namun kali ini ia menjadi lebih hebat dan ‘unpredictable’.

#4 Plot Twist Tidak Dijangka!

Filem ini boleh dikatakan agak pandai memainkan pemikiran penonton.

Seperti DNA filem Conjuring sebelum ini, sekuel ketiga juga mempunyai plot twist tersendiri.

Anda akan dibawa untuk mengenali beberapa watak baru dan setiap daripadanya mempunyai peranan penting dalam filem ini.

Siapakah dalangnya yang sebenar, kenalah tonton!

#5 Seram Atau Tidak?

Filem ini pada awalnya hanya membawa gaya atau DNA lama mereka iaitu menyelesaikan masalah individu yang dirasuk.

Menghalau atau berhubung dengan roh jahat antara yang sering kita lihat daripada filem sebelumnya.

Namun kali ini, Conjuring: The Devil Made Me Do It turut menampilkan elemen berbeza khususnya pada pertengahan hingga ke hujung filem.

Perkara itu sekali gus menambahkan lagi elemen dan mood seram untuk sekuel ketiga ini.