Laman Utama
That Cover Girl Beri Cabaran Buat Siti Saleha - “Sebagai Pelakon Saya Puas”
Pelakon, Siti Saleha akui menjayakan watak Sofi siri Amazon Original pertama dari Malaysia secara eksklusif berjudul That Cover Girl memberikan kepuasan buat dirinya.
Menurut Saleha, dia merasakan watak tersebut agak berbeza berbanding naskhah yang pernah dijayakan sebelum ini.
“Sofi ini agak komplek maksud saya kisah di sebaliknya, selain itu ia menceritakan realiti sebenar dalam dunia fesyen.
“Bagi saya watak Sufi ini memberikan kepuasan sebenar pada saya untuk bermain dengan graf yang begitu banyak, sebagai pelakon saya puas,” katanya ketika ditemui Gempak.
Dalam pada itu bercerita mengenai karakternya, Saleha atau lebih mesra dengan panggilan Sally ini amat menyukai wataknya.
“Saya suka kerana watak ini memberikan saya satu cabaran baharu kepada sebagai seorang pelakon.
“Kadang kadang bila saya baca dialog itu saya sendiri rasa seperti wow Sufi seriuslah? You go girl!.
“Walaupun hanya sampai episod enam tapi sebenarnya banyak perkara yang terjadi dalam drama itu,” ujarnya.
That Cover Girl diterbitkan Creative Stew mendapat sentuhan daripada Abid Hussain selaku pengarah. Ia turut dibarisi pelakon popular seperti Hisyam Hamid, Alicia Amin dan Aiman Hakim Ridza.
Tidak hanya di Malaysia, siri yang disiarkan di platform penstriman Over The Top (OTT), Prime Video ini juga ditayangkan di 240 wilayah lain di seluruh dunia.
Sinopsis:
That Cover Girl mengisahkan Sofi Safwan iaitu tokoh yang berjaya dalam bidang fesyen dengan empayar luas termasuk mempunyai suami yang sangat menyayangi dan menyokongnya.
Bagaimanapun terdapat beberapa kejadian malang dalam perniagaan seperti masalah skandal dan persekitaran kerja yang tidak menyenangkan.
Must-Watch Video