Berita

COVID 19: 1,220 Kes Baharu, Selangor Tertinggi Dengan 368 Kes, 2 Kluster Baharu Dikesan Di KL

gempak
Maliah Surip
17/12/2020
10:51 MYT
Sponsor Banner
COVID 19: 1,220 Kes Baharu, Selangor Tertinggi Dengan 368 Kes, 2 Kluster Baharu Dikesan Di KL
Negeri Selangor mencatat kes baharu tertinggi iaitu sebanyak 368 kes atau 30.2 peratus dalam tempoh 24 jam penularan pandemik Covid 19 di Malaysia.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula melaporkan sebanyak 297 kes (24.3 peratus) dan negeri Sabah sebanyak 184 kes (15.1 peratus).
Untuk kes dalam negara, Malaysia mencatatkan 1,220 kes baharu berbanding 1,295 semalam.
Enam daripadanya adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,214 kes.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga mengatakan sebanyak 247 kes (67.1 peratus) adalah dari kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang giat dijalankan di lapangan.
KKM turut memaklumkan, sebanyak tiga kematian direkodkan sementara kes sembuh hari ini adalah sebanyak 1,297.
Sementara itu KKM juga mengesan tiga kluster baharu dengan dua daripadanya adalah di Kuala Lumpur membabitkan daerah Cheras iaitu Kluster Jalan Rusa dan satu lagi Kluster Tapak Bina Pasifik di sebuah tapak pembinaan di Lembah Pantai dengan 17 kes dicatatkan positif. Satu lagi kluster dicatatkan di Ranau, Sabah.
Berikut pecahan kes mengikut negeri seperti yang diumumkan KKM dalam laman Instagram mereka.
Kredit Foto: The Edge Market, KKM
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live