Berita

COVID 19: 1,581 Kes Baharu, 2 Kematian Direkodkan

gempak
Maliah Surip
24/12/2020
11:29 MYT
Sponsor Banner
COVID 19: 1,581 Kes Baharu, 2 Kematian Direkodkan
Malaysia masih merekodkan empat angka jangkitan COVID 19 terbaharu pada hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan sebanyak 1,581 kes baharu direkodkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini adalah sebanyak 100,318 kes.
Daripada kes tersebut, ia melibatkan dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID19 pula adalah 18,773 kes. Negeri Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu 491 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 379 kes dan Sabah 249 kes.
"Sebanyak 270 kes (17.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (185 kes), Kluster Tembok Gajah (74 kes), Kluster GK Tawau (6 kes), Kluster Tembok (4 kes), dan Kluster Bakti (1 kes)," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis seperti dilaporkan Awani.
Dalam pada itu, sebanyak 1,085 kes sembuh dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 81,099 kes.
Selain itu, terdapat pertambahan dua kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah 446 kes.
Sehingga kini, terdapat 102 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 45 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Kredit Foto: CNN
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live