,
Covid-19

COVID-19: 19 Buah Sekolah Sudah Diarahkan Tutup Di Selangor

Mya Amri
19/04/2021
23:16 MYT
Sebanyak 19 buah sekolah di Selangor diarahkan tutup bermula Isnin ekoran munculnya kluster COVID-19.
Menurut kenyataan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling yang dikeluarkan hari ini sekolah yang diarahkan tutup itu adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jelutong, SMK Bandar Sri Damansara 2, SMK Damansara Jaya, SMK Seksyen 7 dan SMK USJ 23.
Turut diarahkan tutup ialah SMK Puchong, SMK Puchong Utama 1, SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara, SMK Bandar Puncak Jalil, SMK Seksyen 20 dan SMK Puchong Perdana.
Bagi Sekolah Kebangsaan (SK) pula iaitu SK Puchong Perdana, SK Bandar Baru Sri Damansara 2, SK Bukit Kuchai, SK Bandar Sri Damansara 3, SK Bukit Jelutong dan SK USJ 20.
Selain itu, sekolah diarahkan tutup ialah Sekolah Agama Menengah Bestari Subang dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Chai.
Pejabat Kesihatan Daerah Petaling berkata, penutupan sekolah adalah bertujuan untuk kerja-kerja pembasmian kuman dan aktiviti saringan kontak-kontak rapat.
"Pembukaan sekolah akan dimaklumkan dua hari sebelum dan pihak sekolah perlu memastikan semua kontak rapat kepada kes positif dikuarantin.
Semua kontak rapat perlu hadir untuk menjalani ujian swab atau pemberian surat kuarantin,” katanya.
Sumber / foto : Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

Aset Udara ATM, Pasukan Keselamatan Lakukan Latihan Penerbangan Rendah Mulai Hari Ini Hingga 31 Ogos

gempak
27/08/2024
03:55 MYT
Aset-aset udara milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasukan keselamatan lain akan melakukan latihan penerbangan taktikal rendah bermula hari ini hingga 31 Ogos ini.
Sukan

SINARENA 2024: Perlawanan Epik Sinar & Astro Arena Vs Pemain Legenda Sultan Selangor

gempak
26/08/2024
18:25 MYT
SINAR, dalam kerjasama dengan Astro Arena, telah berjaya menganjurkan acara Pesta Bola SINARENA 2024 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Hiburan

Tauliah Mengajar Di Selangor Ditarik Balik, Ustaz Don Ada 14 Hari Buat Rayuan

gempak
13/08/2024
20:55 MYT
Pendakwah selebriti, Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajiddi diberikan tempoh 14 hari untuk merayu selepas tauliah mengajar ditarik Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Viral

Kumpulan Remaja Tak Tahu Shah Alam Ibu Negeri Selangor, Netizen Cuba Husnuzon - "Rasanya Mereka Sangat Gementar Masa Tu"

gempak
06/07/2024
16:11 MYT
Baru-baru ini, satu video TikTok tular apabila ia menunjukkan tahap pengetahuan am dalam kalangan remaja di Malaysia.
Dun Dukun