Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 561 kes baru Covid-19 setakat tengah hari ini.

Jumlah itu merupakan kedua tertinggi sejak bermulanya penularan Covid-19. Kes baru tertinggi adalah pada enam hari lalu, iaitu pada 6 Oktober dengan 691 kes.

Sabah kekal sebagai negeri yang mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 488 kes. Selangor pula jatuh yempat kedua dengan 26 kes dan diikuti Kedah dengan 16 kes.

KKM juga memaklumkan terdapat dua lagi pesakit yang meninggal dunia, menjadikan jumlah keseluruhan korban kepada 157 orang (satu peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sementara itu, Telekom Malaysia Berhad (TM) sahkan dua kakitangannya positif COVID-19.
Menurut TM, kedua-dua kakitangan itu didapati positif di dua pejabat yang berbeza.

Seorang daripada anggota berkenaan bertugas di Menara TM ONE di Damansara, Kuala Lumpur manakala seorang lagi di pejabat Kepayan di Kota Kinabalu, Sabah.

Susulan dua kes positif baharu itu, pengesanan kontak rapat secara terperinci sedang dilakukan oleh KKM, dengan dibantu oleh Pasukan Tindak Balas Krisis COVID-19 TM.