Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 900 kes sembuh baharu yang menjadikan sebanyak 23, 120 jumlah keseluruhan sembuh dan discaj pada sidang media harian yang diadakan sebentar tadi.

Usaha gigih para petugas kesihatan yang tak putus membantu dan merawat pesakit dengan sangat berdedikasi mendapat pujian seluruh rakyat Malaysia.

Hal itu dapat dilihat dalam akaun Instagram @kementeriankesihatanmalaysia sebentar tadi. Kebanyakan daripada netizen memberi semangat dan berterima kasih terhadap pengorbanan yang dibuat petugas kesihatan demi menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, jumlah kes baharu di Malaysia tetap mencatatkan angka yang tidak baik dengan 834 kes baharu direkodkan. Daripada 834 kes, 3 merupakan kes import.

Malah berbanding semalam, hari ini mencatatkan 2 kematian baharu menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 251 kes.

Dalam sidang media yang sama, Dr Noor Hisham masih terus mengingatkan agar seluruh rakyat memainkan peranan dan menjaga diri dengan mematuhi semua SOP yang telah dibuat.

Beliau turut menyeru agar semua kekal di rumah untuk tempoh sekurang kurangnya dua minggu jika tiada keperluan keluar demi memutuskan rantaian Covid 19 ini.



Kredit Foto: The Edge, KKM