Jika semalam kes COVID di Malaysia mencatatkan 3,631 kes, namun hari ini ia kembali meningkat hingga mencatatkan sebanyak 4,008 kes.

Malah, jumlah tersebut menghampir kes tertinggi pernah dicatatkan iaitu 4,029 kes pada 16 Januari lalu.



Menerusi sidang media dijalankan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham hari ini berkata, kes berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 169,379 kes.

“Selangor terus mencatatkan jumlah tertinggi dengan 1,391 kes diikuti Sabah 406 kes hari ini.

“Kematian pula seramai 11 individu,” katanya.

Tambah beliau, kes sembuh hari ini sebanyak 2,374 sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 127,622 kes.

Anda boleh lihat jumlah pecahan kes mengikut negeri di bawah.