Malaysia merekodkan kes harian COVID-19 melebihi 6,000 kes dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, daripada 6,849 jangkitan baharu COVID-19 hari ini, sebanyak 2,558 kes dilaporkan di Selangor.

Kuala Lumpur pula mencatat 884 kes diikuti Sarawak (699), Negeri Sembilan (685) dan Johor (426).

Lain-lain negeri merekodkan kes di bawah 300 kes.

Orang ramai dinasihati untuk sentiasa mematuhi segala prosesur operasi standard (SOP) ketika keluar rumah.

Selain itu, amalkan penjagaan kebersihan tangan dan diri yang rapi serta jaga jarak fizikal ketika berada di tempat awam dan kawasan sesak.

Kekal berada di rumah dan keluar ketika perlu sahaja.