Jumlah baharu kes Covid-19 hari ini mencatatkan 9,380 kes berbanding 8,817 kes semalam.

Tiga negeri mencatatkan kes melebihi 1,000 iaitu Sarawak dengan 1,530 kes; Selangor (1,116) dan Kelantan (1,170).

Ini diikuti Johor (1,105), Sabah (790), Pahang (511), Pulau Pinang (623), Kedah (556), Perak (629), Terengganu (704), Melaka (200), Kuala Lumpur (214) dan Negeri Sembilan (191).

Tiga kawasan terus catat bawah 100 kes iaitu Perlis dengan 42 kes, Putrajaya (18) dan Labuan (8).

Meninjau reaksi netizen di laman sosial Twitter milik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah ramai yang meluahkan rasa risau namun terus positif kes akan berjaya dikawal.

"Boleh lihat bagaimana kes meningkat semula kerana kluster tempat kerja. Jadi tak mustahil sekiranya kes akan meningkat mendadak apabila dibenarkan rentas negeri. That why saya suruh bagi tempoh bertenang dulu.

"Dan tak mustahil akan ada kluster rentas negeri," ciap pemilik akaun @ikmalhazeeq95.

"Satu cadangan saya bila kes sudah berada bawah 5,000 kes sehari atau pada tahap 1,000 kes sehari. Kerajaan buat satu FULL Lockdown selama 14 hari sahaja.

"Full lockdown seperti masa 1st lockdown tahun 2020.Malahan lebih ketat. C19 Terminated lockdown," cadang pemilik akaun @hasrehf.

"Mohon Tan Sri beri pandangan tentang sekiranya berlaku PRN di Melaka," tambah @HailJefri.

Foto: The Edge Markets