Negara mencatat 6,517 kes COVID-19 pada Jumaat.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam pautan Twitternya yang terbaharu menunjukkan jumlah kumulatif jangkitan dalam negara mencapai 2,535,338.

Sementara jumlah kes mengikut negeri akan dikongsi di portal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) COVIDNOW.

Orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutama ketika berada di tempat awam.

Selain itu, amalkan juga pelbagai langkah kebersihan yang boleh mencegah penularan wabak berbahaya itu.


Sumber: Astro AWANI

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!