Berita

COVID 19: Masih 4 Angka, 1,315 Kes Baharu, 4 Kematian Dicatatkan

gempak
Maliah Surip
28/11/2020
10:37 MYT
Sponsor Banner
COVID 19: Masih 4 Angka, 1,315 Kes Baharu, 4 Kematian Dicatatkan
Malaysia merekodkan sebanyak 1,315 jangkitan baharu COVID-19 dengan 1,310 merupakan penularan dalam negara manakala lima lagi merupakan kes import pada 28 November 2020.
Dalam tempoh 24 jam juga, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak empat kematian dalam tempoh yang sama selain pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah serama 118 orang dengan 43 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan seperti dilaporkan Awani.
Sementara itu jumlah pesakit yang sembuh daripada pandemik berkenaan adalah sebanyak 1,110 orang.
Semalam, KKM mengeluarkan statistik dunia COVID 19 menyaksikan Malaysia masih di kedudukan ke-83 dalam jumlah kes positif COVID-19 dunia.
Namun, peratusan kes sembuh di Malaysia (81.16%) adalah jauh lebih tinggi berbanding dunia (68.40%).
Begitu juga peratusan kes kematian di Malaysia yang lebih rendah iaitu 0.57% berbanding dunia (2.35%).
Kredit Foto: Al Jazeera
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live