Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan perbincangan bagi melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan akan ditentukan berdasarkan tahap penularan terkini wabak COVID-19 minggu depan.
Perdana Menteri berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan bermesyuarat bagi menentukan langkah selanjutnya, sebelum berakhir tempoh perintah terbabit pada 31 Mac ini.
"Sama ada kita nak lanjutkan akan diteliti dari segi perkembangan.
"Jika ada penambahbaikan dengan tindakan yang diambil Kementerian Kesihatan dibantu agensi lain dan kerjasama semua pihak, terutama kumpulan tabligh yang masih berbaki belum keluar lagi itu, kemungkinan besar perintah ini menunjukkan kesan yang positif jika angka dan data yang akan datang lebih rendah.
"Tetapi sebelum tempoh tamat pada 31 Mac ini, MKN akan bersidang sama ada langkah yang diambil memadai atau perlu dilanjutkan lagi selama seminggu atau dua minggu lagi. Ini akan kita kaji, sebelum sebarang tindakan diambil,” katanya pada sidang media di Putrajaya.
Mengulas mengenai situasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan, Muhyiddin berkata, hasil laporan mendapati pematuhan kira-kira 90 peratus.
Justeru, beliau berharap kadar pematuhan perintah itu dapat mencapai 100 peratus.
"Dari satu sudut, ia boleh dikatakan berkesan tetapi jika ada pergerakan, kita mengharapkan ia dapat dikurangkan kepada paras yang minimum.
"Seperti yang kita maklumkan sebelum ini, apabila keluar hanya untuk mendapatkan barangan keperluan atau ubat-ubatan seperti yang kita maklumkan kepada polis sebelum ini. Cepat beli dan segera pulang ke rumah,” katanya.
Sekadar info, Malaysia terpaksa akur selepas kes COVID-19 kini mencecah 1518 orang dengan 14 rekod kematian.
Daripada jumlah tersebut, seramai 1345 orang sedang dirawat di hospital, manakala 159 orang telah pun pulih.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Sumber: BH Online
Zulaikha Yusof
Tue Mar 24 2020
Tidak Lagi Berhubung Dengan Aliff Aziz, Ruhainies Mahu Buka Buku Baru - “Rasanya Semua Pihak Boleh Move On…”
Ini kenyataan terbaharu Ruhainies.
Dari Melaka Ke Makkah, Remaja Lelaki Tunai Umrah Selepas Dua Bulan Ekspedisi Naik Motosikal Kriss 110
Tindakan seorang remaja lelaki dipercayai bertolak ke Makkah untuk menunaikan ibadah umrah dengan hanya menaiki motosikal mendapat perhatian ramai orang.
Aaron Aziz Pegang Watak Sebagai Abang Sulung Dalam Filem ‘The Experts’ - “Saya Tak Banyak Buat Aksi Cuma Ada…”
Mesti best filem The Experts!
Berdepan Masalah Jantung, Hail Amir Meninggal Dunia Di HKL
Al-Fatihah...
Baru 12 Hari Kahwin, Suami Terkejut Isteri Rupa-Rupanya…
Disangkakan wanita, rupa-rupanya lelaki. Begitulah yang terpaksa dihadapi oleh seorang jejaka apabila identiti wanita yang dinikahinya terbongkar selepas baru sahaja 12 hari mendirikan rumah tangga.
Kutuk Payudara Bekas Isteri ‘Rata’, Ria Ricis Mahu Masukkan Silikon Tarik Nafsu Teuku Ryan
Selepas beberapa hari sah bercerai, nama Teuku Ryan dan Ria Ricis tetap hangat menjadi bualan
Guna Wanita Promosi Minyak Wangi & 'Pikat' Lelaki Ajnabi, Peniaga Ditegur Tak Endah Hukum Islam?
Umum sedia tahu penggunaan minyak wangi secara keterlaluan dalam kalangan wanita sehingga menarik perhatian lelaki adalah berdosa dan boleh menimbulkan ‘zina’ mata dan hidung sekiranya ada yang tertarik kepadanya.
"Tiada Duka Abadi Demi Kehidupan Yang Lebih Membahagiakan" - Coretan Ellie Suriaty Buat Bella Astillah
Pelakon prolifik Ellie Suriaty tampil menitipkan coretan buat Bella Astilah yang ketika ini sedang berdepan ujian rumah tangga bersama Aliff Aziz.
#Sheriff: Kutipan Cecah RM52 Juta! Penonton Ramal Boleh Kejar Polis Evo 3 -“ Power Adik-Beradik Ni!”
Alhamdulillah, tahniah Syafiq Yusof.
“Tiada Kenaikkan Gaji Untuk Penjawat Awam Malas, Ada Isu Disiplin” - Perdana Menteri
Yang malas dan ada masalah disiplin awas ya.