Berita
COVID-19: 1,683 Kes Baharu, PKPB Di KL, Selangor & Sabah Dilanjutkan
Sebanyak 1,683 kes baharu COVID-19 di Malaysia direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu dan tiada kes kematian baharu.
Manakala, 10 kes sedang dirawat di ICU, 51 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Selangor masih mencatatkan kes tertinggi dengan 682, diikuti di Sabah 260, Kuala Lumpur (197) dan Negari Sembilan (174).
Sementara itu, kes sembuh hari ini mencatatkan sebanyak 1,214.
Bagaimana pun KKM telah mengesan enam lagi kluster baharu dan dua kluster telah tamat.
Justeru, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Selangor dan Sabah serta beberapa lokaliti di negeri-negeri lain telah dilanjutkan hingga 31 Disember ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan dibuat selepas mendapat nasihat dan penilaian risiko daripada Kementerian Kesihatan (KKM) berdasarkan trend dan peningkatan kes positif Covid-19 di kesemua kawasan berkenaan.
Pelaksanaan PKPB di tiga wilayah berkenaan sebelum ini dijadualkan tamat pada 20 Disember 2020.
Ismail Sabri berkata di Selangor, kerajaan setuju melanjutkan PKPB di seluruh negeri itu kecuali di Sabak Bernam, Hulu selangor dan Kuala Selangor yang kembali diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Di negeri-negeri lain, PKPB turut dilanjutkan melibatkan Mukim 12 Barat Daya dan Mukim 13 Timur Laut di Pulau Pinang; Ipoh dan Chemor (Perak); Seremban dan Port Dickson (Negeri Sembilan) serta Johor Bahru, Batu Pahat dan Kulai (Johor).
Must-Watch Video