Berita

COVID-19: 1,937 Kes Jangkitan Baharu, 9 Mati

gempak
ZULHILMI JALIL
12/12/2020
10:37 MYT
Sponsor Banner
COVID-19: 1,937 Kes Jangkitan Baharu, 9 Mati
Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan terdapat sedikit peningkatan kes jangkitan harian Covid-19 daripada 1,810 semalam kepada 1,937 kes pada hari ini.
Daripada jumlah itu, Selangor kekal menjadi negeri dengan kes harian paling tinggi iaitu sebanyak 823 kes diikuti Sabah (429) dan Kuala Lumpur (238).
Angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif di negara ini sebanyak 13,751 kes yang mana 121 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dan 66 daripadanya perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.
Bagaimanapun, sebanyak 911 pesakit dilaporkan sudah berjaya sembuh menjadikan jumlah keseluruhan individu pulih daripada jangkitan seramai 68,084 orang.
Dalam pada itu, sebanyak sembilan kes kematian direkodkan hari ini menjadikan keseluruhan angka kematian mencecah 411 orang.
Sehingga kini, secara keseluruhan sebanyak 82,246 kes jangkitan virus Covid-19 dicatatkan di negara ini.
Kredit foto: KKM
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live