Laman Utama

COVID-19: 2,195 Kes Baru, Sarawak Masih Tertinggi

gempak
Awani
18/04/2021
11:52 MYT
Sponsor Banner
COVID-19: 2,195 Kes Baru, Sarawak Masih Tertinggi
Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara terus mencecah empat angka dengan jumlah kes positif yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam ialah sebanyak 2,195 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, jumlah berkenaan sekali gus menjadikan jumlah kumulatif sehingga kini ialah sebanyak 372,859 kes.
Manakala jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 1,427 kes menjadikan jumlah kumulatif sembuh sebanyak 353,822 atau 94.3 peratus.
Lapan kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,378 kes.
Jumlah kes aktif sebanyak 19,854 dengan 219 menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 90 individu memerlukan bantuan alat pernafasan.
Sarawak terus mencatatkan jumlah tertinggi dengan 508 kes diikuti Selangor 431 kes, Johor 387 kes dan Kelantan 332 kes.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan 176 kes manakala Sabah 112 kes.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live