Terkini
COVID-19
APA ITU NOVEL CORONAVIRUS?
Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang menyebabkan pelbagai penyakit dari selesema hingga ke penyakit lebih teruk seperti MERS-CoV dan SARS-Cov. Novel Coronavirus pula adalah merujuk kepada spesis baru yang belum pernah ditemui manusia. Novel Coronavirus di China adalah tidak sama dengan di influenza di Malaysia namun pencengahan kedua-dua penyakit adalah hampir sama.
CARA PENCEGAHAN (Saranan WHO)
1. Kerap Mencuci Tangan
2. Menutup mulut dan hidung ketika bersin dan batuk
3. Masak Daging dan telur dengan sempurna
4. Elak sentuhan dengan individu yang mempunyai gejala
Selain itu, selalu mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).
TAPI JIKA ANDA TERPAKSA MELAWAT KE KAWASAN YANG BERLAKUNYA WABAK:
1. Sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer)
2. Elakkan dari mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan mana-mana individu yang bergejala
3. Elakkan dari melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan
4. Elakkan dari memakan sebarang produk haiwan yang mentah/tidak di masak dengan sempurna
Segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit (iaitu mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas) dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan tersebut dan memberitahu mengenai sejarah lawatan atau perjalanan berkenaan kepada doktor yang merawat.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia & Astro Awani
Dapatkan Maklumat yang betul daripada nombor hotlink di bawah:
1. 03 8881 0200
2. 03 8881 0600
3. 03 8881 0700
atau di sosial media Kementerian Kesihatan Malaysia dan layari http://www.astroawani.com/ untuk mendapatkan maklumat terkini dan perkembangan yang terbaru mengenai Covic-19.
Must-Watch Video