Skip to main content

Bola Sepak

Tonton Bola Sepak EPL 'Percuma', Data Peribadi Jadi Taruhan

Tonton Bola Sepak EPL 'Percuma', Data Peribadi Jadi Taruhan

Sekilas

  • Laman web penstriman haram didapati 17.3 kali lebih berisiko dari segi keselamatan siber berbanding laman web arus perdana, dengan 66% laman cetak rompak mempunyai risiko tinggi atau kritikal.
  • Kempen Boot Out Piracy dilancarkan semula di Malaysia dengan kerjasama Astro dan menampilkan pemain Liga Perdana Inggeris untuk tingkatkan kesedaran tentang bahaya penstriman haram.
  • Pengguna diingatkan supaya memilih saluran tontonan sah dan berwaspada terhadap tawaran akses percuma yang mencurigakan serta permintaan maklumat sensitif.
Advertisement

Laman web penstriman haram didapati 17.3 kali lebih berisiko berbanding laman web arus perdana, sekali gus mendedahkan pengguna kepada ancaman keselamatan siber termasuk penipuan kewangan, kecurian identiti dan perisian hasad.

Dapatan itu berdasarkan kajian bebas oleh pakar keselamatan siber, Profesor Paul Watters, yang mendapati 66 peratus laman web cetak rompak dinilai mempunyai risiko keselamatan siber pada tahap tinggi atau kritikal.

Advertisement

"Sekitar 54 peratus laman web berkenaan mempunyai aktiviti mencurigakan berkaitan penipuan, pancingan data (phishing) atau perbuatan berniat jahat, manakala 44 peratus mendedahkan pengguna kepada iklan berbahaya," menurut kajian berkenaan.

Sementara tu, Pengarah Undang-Undang Penguatkuasaan Liga Perdana Inggeris, Stefan Sergot berkata, penstriman haram mungkin dilihat sebagai pilihan percuma dan mudah, namun ia boleh membawa risiko keselamatan kepada pengguna.

“Penstriman haram dianggap sebagai cara percuma dan mudah untuk menonton bola sepak, tetapi kajian menunjukkan perkhidmatan tersebut boleh mendedahkan pengguna kepada pelbagai risiko siber,” katanya.

Advertisement

Sehubungan itu, kempen Boot Out Piracy kembali dilaksanakan di Malaysia dengan kerjasama Astro sebagai rakan penyiar tempatan bagi meningkatkan kesedaran peminat bola sepak mengenai bahaya penggunaan perkhidmatan penstriman tanpa kebenaran.

Kempen itu menampilkan pemain Liga Perdana Inggeris, termasuk kapten Liverpool, Virgil van Dijk, penyerang Manchester United, Bryan Mbeumo dan pemain Arsenal, Eberechi Eze, menerusi siri video yang mengetengahkan risiko siber berkenaan.

Seterusnya, Ketua Pegawai Kawal Selia dan Hal Ehwal Korporat Astro, Laila Saat berkata, peminat perlu memilih saluran tontonan yang sah bagi memastikan pengalaman menonton bola sepak lebih selamat dan berkualiti.

“Astro akan terus bekerjasama rapat dengan Liga Perdana Inggeris, pihak berkuasa dan rakan industri untuk meningkatkan kesedaran, membanteras cetak rompak serta melindungi pelanggan dan nilai kandungan yang mereka nikmati,” katanya.

Kempen Boot Out Piracy turut mengingatkan pengguna supaya berwaspada terhadap tawaran akses percuma yang mencurigakan, permintaan memasang aplikasi tidak disahkan, permintaan maklumat sensitif serta laman web yang memaparkan iklan dan pengalihan secara tiba-tiba.

Anda mungkin berminat dengan

ℕ𝔼𝕋𝔽𝕃𝕀𝕏 𝔸ℂℂ𝕆𝕌ℕ𝕋 PC/SMART TV ONLY 1/3/6 MONTHS 4K ULTRA HD SUBSCRIPTION ORIGINAL READ FIRST

ℕ𝔼𝕋𝔽𝕃𝕀𝕏 𝔸ℂℂ𝕆𝕌ℕ𝕋 PC/SMART TV ONLY 1/3/6 MONTHS 4K ULTRA HD SUBSCRIPTION ORIGINAL READ FIRST

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

ℕ𝔼𝕋𝔽𝕃𝕀𝕏 𝔸ℂℂ𝕆𝕌ℕ𝕋 PC/SMART TV ONLY 1/3/6 MONTHS 4K ULTRA HD SUBSCRIPTION ORIGINAL READ FIRST

ℕ𝔼𝕋𝔽𝕃𝕀𝕏 𝔸ℂℂ𝕆𝕌ℕ𝕋 PC/SMART TV ONLY 1/3/6 MONTHS 4K ULTRA HD SUBSCRIPTION ORIGINAL READ FIRST

ℕ𝔼𝕋𝔽𝕃𝕀𝕏 PC/SMART TV ONLY 1/3/6 MONTHS 4K ULTRA HD SUBSCRIPTION ORIGINAL READ FIRST

ℕ𝔼𝕋𝔽𝕃𝕀𝕏 PC/SMART TV ONLY 1/3/6 MONTHS 4K ULTRA HD SUBSCRIPTION ORIGINAL READ FIRST

Must Watch Video

Advertisement