Skip to main content

Berita Antarabangsa

Covid-19: Ford Gantung Operasi Kilang India, Vietnam, Thailand dan Afrika Selatan

ford-gantung-operasi-4-kilang-drebar-mi.jpg
Advertisement

Ford Motor Company (Ford) mengambil keputusan menggantung sementara beberapa operasi kilang kenderaan dan enjin di pasaran antarabangsa (IMG) disebabkan wabak Covid-19.

Penggantungan operasi IMG bermula sejak 21 Mac lalu (Sabtu) dan akan diteruskan selama beberapa minggu, bergantung kepada beberapa faktor termasuk:

  • Situasi pandemik
  • Sekatan oleh negara asing
  • Kekangan bekalan
  • Syarat keperluan bekalan pihak pengedar

"Kesihatan dan keselamatan pekerja, pengedar, pelanggan, rakan bisnes dan komuniti adalah keutamaan kami.

"Kami akan terus bertindak mengikut keadaan semasa dan mengambil langkah-langkah keselamatan dengan menggantung sementara pengeluaran di kilang kami dalam pasaran global," kata Presiden IMG Ford, Mark Ovenden.

Pada ketika Ford terus memantau situasi, syarikat itu juga menyusun semula jadual pengeluaran asal IMG dan menggantung pasaran demi pasaran:

Advertisement

India - 21 Mac 2020

  • Kilang pemasangan kenderaan Chennai
  • Kilang pemasangan Sanand
  • Kilang pengeluaran enjin Sanand
  • Kilang pengeluaran enjin Chennai

Vietnam - 26 Mac 2020

  • Kilang pemasangan Ford Vietnam Limited

Thailand - 27 Mac 2020

Advertisement
  • Ford Motor Company (Thailand) Limited

Afrika Selatan - 27 Mac 2020

  • Kilang pemasangan Silverton (Pretoria)
  • Kilang enjin Struandale (Port Elizabeth)

Keputusan menggantung operasi di empat negara ini adalah langkah susulan daripada penutupan operasi di Amerika Utara, Eropah dan Amerika Selatan. Ia melibatkan kilang pengeluaran dan kilang penghasilan enjin Ford.

Ford juga meminta pekerja bekerja dari rumah atau secara remote melainkan golongan petugas terlibat hal perniagaan yang memerlukan mereka berada di luar premis atau di kilang.

Bagaimanapun, langkah pencegahan dan penjagaan diambil bagi melindung jumlah kakitangan kecil yang terpaksa bekerja di luar rumah.


 

Must Watch Video

Advertisement