Laman Utama
COVID-19: Kes Baharu Meningkat, Catat 11 Kematian Termasuk Yang Meninggal Di Rumah
Negara sudah pun memasuki fasa endamik, namun jangkitan kes baharu COVID-19 masih lagi ada. Malah pada Sabtu naik ke 4,684 berbanding 3,927 pada hari sebelumnya.
Ia menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.687 juta kes sejak wabak itu melanda negara.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 11 kes kematian dicatatkan dengan satu daripadanya berlaku di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).
Dilaporkan 1,556 kes dirawat di hospital dengan 56 kini ditempatkan di wad ICU. Manakala 35 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Setakat ini negara juga mencatatkan 4,275 kes sembuh.
Must-Watch Video