Laman Utama

COVID-19 : Malaysia Catat 3,585 Kes Baharu, Pesakit Sembuh Sebanyak 4,076

gempak
Zulaikha Yusof
26/01/2021
10:41 MYT
Sponsor Banner
COVID-19 : Malaysia Catat 3,585 Kes Baharu, Pesakit Sembuh Sebanyak 4,076
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan sebanyak 3,585 kes jangkitan baru virus COVID-19 di negara pada hari ini.
Daripada angka tersebut, 3,583 merupakan kes tempatan manakala dua kes import.
Pada hari ini juga, sebanyak 11 kematian lagi dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 700 kes kematian direkodkan.
Bagaimanapun, sebanyak 4,076 orang pesakit berjaya sembuh dan dibenarkan pulang.
Begitupun, sebanyak 40, 574 kes lagi yang masih aktif dengan 280 pesakit daripadanya berada di unit rawatan rapi (ICU) dan 111 individu lagi terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.
Sehingga kini, Malaysia sudah mencatatkan sebanyak 190, 434 kes setakat 26 Januari 2021.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024