LAMAN UTAMA
Covid-19: Meningkat 2,000 Kes Berbanding Semalam! 16,117 Kes Baharu Dicatat Hari Ini
Kes baharu Covid-19 meningkat kira-kira 2,000 kes hari ini iaitu 16,117 kes berbanding 14,516 kes yang dicatatkan semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini kepada 1,044,071 kes.
Beliau berkata, negeri yang mencatatkan empat digit kes adalah Selangor 6,616 (380,593 kumulatif), Kuala Lumpur 2,457 (113,933 kumulatif) dan Kedah 1,000 (40,637 kumulatif).
"Negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Johor sebanyak 907 kes (86,614), Sabah 741 kes (80,931), Sarawak 405 kes (74,747), Negeri Sembilan 669 kes (67,736), Pulau Pinang 618 kes (43,117), Kelantan 592 kes (40,611), Perak 583 kes (35,092), Melaka 674 kes (29,141), Pahang 403 kes (22,176), Terengganu 317 kes (14,880) dan Putrajaya 122 kes (3,583).
"Sementara itu, Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan 11 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan kes kumulatif 9,618 kes.
"Perlis mencatatkan kes terendah iaitu dua kes hari ini menjadikan 662 kes kumulatif," katanya menerusi Facebook (FB) hari ini.
Sumber: Facebook KKM
Foto: Instagram BERNAMA
Must-Watch Video