Berita kematian lagenda bola sepak dunia, Pele yang telah menghembuskan nafas terakhir di usia 82 tahun pada siang Jumaat mengejutkan orang ramai.

Selain ahli keluarga dan teman rapat, berita sedih itu dirasai oleh bintang boleh sepak terkenal, Cristiano Ronaldo.

Menjadikan Pele sebagai inspirasi, Ronaldo menerusi hantaran terbaharu di Instagram mengucapkan selamat tinggal kepada penjaring terbanyak sepanjang zaman pasukan Brazil itu selain menghargai jasanya kepada dunia bola sepak.

“Takziah saya ucapkan kepada seluruh keluarga Brazil, dan khususnya kepada keluarga Edson Arantes do Nascimento (Pele).

“Sekadar ‘selamat tinggal’ kepada Raja Pele yang abadi tidak akan pernah cukup untuk mengungkapkan rasa sedih yang sedang ditanggung oleh seluruh dunia bola sepak ketika ini.

“Awak inpirasi kepada jutaan orang, menjadi rujukan untuk semalam, hari ini dan selamanya. Kasih sayang yang awak selalu tunjukkan pada saya dibalas dalam setiap detik yang kita kongsi walaupun daripada jauh.

“Dia tidak akan dilupakan dan ingatan buatnya akan kekal selama-lamanya dalam setiap hati kita sebagai pencinta bola sepak,” kongsinya.

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano)

Difahamkan, Pele atau nama sebenarnya Edson Arantes do Nascimento itu disahkan menghidap kanser usus pada 2021 dan telah dikejarkan ke hospital ekoran gagal bertindak balas terhadap rawatan kemoterapi.

Terdahulu, berita kematian Pele disahkan oleh anak perempuannya dan dilaporkan menerusi media barat, sky sports.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.