Pelakon Zul Ariffin bakal berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji pada awal Jun depan.

Menurut Zul, dia sendiri tidak menyangkan akan menerima jemputan khas dan menganggap itu sebagai satu rezeki.

“Saya tidak berasa gementar sebaliknya okay sahaja. Cuma ada beberapa perkara penting yang saya perlu ambil tahu antaranya kursus.

“Sebenarnya saya merancang untuk menyambut Ramadan dan Syawal di Tanah Suci tapi tak berkesempatan.

“Perancangan Allah itu sangat cantik. Tak sangka dapat pula rezeki jemputan menunaikan haji. Alhamdulillah.

“Saya teruja cuma saya tak dapat bayangkan llautan manusia untuk musim haji itu bagaimana, selalunya kita lihat dalam televisyen sahaja.

“Jadi kali ini saya sendiri yang akan merasainya dan satu lagi adalah cuaca panas. Saya difahamkan suhu di sana mencecah hingga 45 darjah celcius.

“Insya-Allah, saya akan bertolak ke sana pada minggu pertama atau kedua Jun nanti bersama dengan kumpulan saya,” jelasnya ketika ditemui Gempak.

Dalam pada itu, netizen juga turut mendoakan yang baik-baik buat Zul dan berharap agar segala urusan menunaikaj haji dipermudahkan.

Antaranya:

“Alhamdulillah rezeki dia, semoga kita diberi kesempatan, jaga diri baik-baik Zul,”

“Alhamdulillah semoga Allah permudahkan perjalanan haji anda dan mendapat haji yang mabrur,”

“Alhamdulillah. Moga dapat haji yang mabrur dan segala amal ibadah diterima Allah. Beruntung dipanggil menjadi tetamu Allah dalam usia muda,”

Terdahulu, Zul sudah tiga kali menunaikan ibadah umrah sejak Ogos tahun lalu dan pernah dilaporkan, merancang untuk berhijrah ke Kota Makkah.

Dalam perkembangan lain, Zul kini sedang menjalani penggambaran filem arahan Syafiq Yusof berjudul Syerif.