Gaya Hidup
Cukup Indah! Nama Cucu Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar Akhirnya Diumumkan
Penantian rakyat jelata berhubung nama putera dan waris Tunku Mahkota Johor akhirnya terjawab apabila Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menamakan cucunya sebagai Tunku Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail.
Pengumuman Diraja itu dilakukan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli menerusi satu posting di Facebook Sultan Johor, hari ini.
Untuk makluman, Tunku Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail diputerakan pada 17 Julai lalu di Hospital Sultanah Aminah (HSA).
Khabar gembira itu turut dikongsikan isteri Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che Puan Khaleeda Bustamam menerusi Facebook peribadi miliknya.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen teruja dengan pengumuman berkenaan.
"Alhamdulilah..nama yang cukup indah dan bermakna, nama para nabi dan sahabat.
"Moga keberkatan Allah terus melimpah kepada keluarga diraja johor," kata seorang pengguna FB dikenali sebagai Dee Nizam.
Anda boleh lihat lagi beberapa komen netizen lain di bawah.
Must-Watch Video