HIBURAN
Curang Tanpa Niat Dah Final! Ini 10 Sebab Kenapa Harus Tonton Sampai Habis
Drama popular yang menjadi ‘talk of the town’, Curang Tanpa Niat akhirnya sudah sampai ke penghujungnya.
Lakonan hebat Shukri Yahaya, Mira Filzah dan Sharifah Sakinah ternyata berjaya menyentuh hati serta emosi penonton sehingga ada yang terkesan dengan karakter dibawakan oleh mereka.

Ini merupakan sebab mengapa perlu tonton Tanpa Niat malam ini:
1. Lakonan berkesan Mira Filzah yang telah menaikkankembali namanya. Malah para penonton turut menyatakanbahawa Mira muncul dari Malaysia’s Sweetheart kepada status Ratu Air Mata. Malah ini merupakan kemunculankembali Mira Filzah dalam slot Mega Drama Astro.2. Gandingan para pelakon hebat yang berkesan. Bukan sahajapara pelakon utama seperti Shukri Yahaya, Mira Filzah dan Sharifah Sakinah tetapi pakej drama ini yang dilengkapdengan emosi padat oleh Fadlan Haziim, Fauzi Nawawi, Hasnul Rahmat, Kaza dan ramai lagi
3. Curang Tanpa Niat merupakan drama viral & dan trending 2025.
4. Pelakon kanak-kanak yang membawakan watak abangAzriel lakonan Qaiszerr Eshan, telah berjaya membuatkansatu Malaysia menangis dengan lakonan dan penghayatandirinya sebagai anak.
5. Karakter Eshal dan Astrid merupakan pasangan paling dibenci awal 2025. Tanpa niat tetapi mereka beroleh status tersebut dari para penonton drama tempatan Malaysia.
6. Pengarah drama ini iaitu Eyra Rahman telah mengangkatkualiti drama melayu dengan look and feel yang cantik dan segar.
7. Pelakon kacak dan tinggi lampai iaitu Everts Gomes dinamakan sebagai pelapis hero drama Melayu
8. Isu yang diangkat melalui drama Curang Tanpa Niat iaitu‘office wife’ telah membuka mata masyarakat perihal hubungan di pejabat.
Malah melalui komentar-komentar yang diberikan di laman sosial, para suri rumah sudah mula dan berani bersuara.
9. Dilema suri rumah yang diangkat dalam drama ini menarikperhatian penonton iaitu dilema: hamba atau patut dimanja
10. Lagu runut bunyi drama ini iaitu Tergamak telahmenjulang nama Nadeera dan mempamerkan vokalnya yang mantap.
Lagu ini turut mendapat perhatian ramai selebritiMalaysia yang menyanyikan semula lagu ini dalam versimereka. Antaranya Dato Sri Siti Nurhaliza dan Misha Omar.
Curang Tanpa Niat boleh disaksikan di Astro Ria (saluran104) jam 10 malam. Strim menrusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Bo, Astro Go dan Sooka.
Must-Watch Video