Pendakwah bebas Da'i Farhan dan bekas isteri pertama, Fatin Nurul Ain mengesahkan masih belum merujuk semula.

BACA: "Perceraian Ini Saya Yang Minta Sebab Dah Penat Dengan Episod ..." - Rumah Tangga Dai' Farhan & Dr Erin Kini Berakhir

Kata Fatin, sehingga kini masih belum ada sebarang perbincangan untuk kembali rujuk dan semua keputusan bergantung pada keluarga.

"Tiada apa-apa perbincangan berkenaan hal rujuk kembali antara saya dengan bekas suami.

"Selepas dari berpisah, saya sepenuhnya menggunakan ahli keluarga sebagai orang tengah.

"Sekiranya ada apa-apa perhubungan atau perbincangan yang ingin bekas suami lakukan bukannya terus dengan saya.

"Pendirian ahli keluarga saya itulah pendirian saya.

"Ahli keluarga saya masih berpendirian untuk saya istiqamah dengan kehidupan sekarang kerana ahli keluarga sentiasa menyokong dan membantu saya dan anak-anak," maklum Fatin menerusi media sosialnya.

Tambah Fatin lagi, keluarganya tidak meletakkan sebarang syarat untuk mereka rujuk semula.

"Ahli keluarga saya tidak pernah meletakkan apa-apa syarat untuk rujuk kembali kerana ahli keluarga teguh dengan pendirian biarlah saya dan anak-anak hidup bersama ahli keluarga," ujarnya.



Perkongsian Fatin itu bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan orang ramai ekoran pendedahan isteri muda Da'i Farhan, Dr. Erin bahawa mereka telah bercerai pada April lalu.

Fatin juga menyeru orang ramai agar memberikan tumpuan pada amal ibadah sempena kedatangan bulan Ramadan.

Minggu lalu kecoh apabila Erin mendedahkan dia telah bercerai talak satu dengan suamiya menerusi rakaman audio di aplikasi WhatsApp.

Pasangan itu telah berkahwin pada Oktober tahun lalu dan Farhan telah menceraikan isteri pertamanya, Fatin yang sedang sarat hamil menerusi aplikasi sama selepas sebulan berkahwin dengan Erin.

BACA: "Tipulah Tak Kecewa, Marah & Stress" - Reda Dalam Paksa, Isteri Pertama Dai Farhan Akhirnya Bersuara

BACA: Selepas Nikahi Janda Anak 8, Da'i Farhan Didakwa Cerai Isteri Pertama Yang Sedang Sarat Hamil Menerusi WhatsApp

BACA: Isteri Da'i Farhan Mengaku Kena Cerai Talak Satu Melalui WhatsApp, Nafi Nusyuz! - "Saya Terima Takdir Selepas Terima Orang Ketiga ..."

Selepas kisah perkahwinan mereka tular, pelbagai pihak mula bersuara hingga kata Erin ada yang mula melancarkan komplot untuk melihatnya dan Farhan bercerai.