Dah 2020 Lain Macam Pula Ragam Mas Ni...Ini Babak Menarik Dalam Filem Jebat!

ZULHILMI JALIL
September 10, 2020 03:05 MYT
Filem Jebat yang sudah menemui penonton sejak 3 September lalu terus mendapat sambutan hebat.
BACA: Jebat Raih RM1.3 Juta Dalam Tempoh 4 Hari Tayangan, Memang Padu!
Naskhah yang menampilkan gandingan pelakon Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose itu sememangnya menjadi bualan umum.
Mana tidaknya, rata-rata cukup terhibur dengan karakter lucu yang ditonjolkan kedua-duanya sejak daripada drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta lagi.
BACA: "Saya Bagi 10 Bintang" - Penonton Suka Tengok Momen Sweet Sharnaaz, Nelydia Dalam Filem Jebat
Begitupun, sebenarnya, ada beberapa perbezaan yang penonton boleh lihat sendiri menerusi filem arahan Jamal Khan itu, terutamanya yang ditonjolkan watak Mastura atau Mas lakonan Nelydia.
Jom , kita tengok perbandingan ketika tayangan drama pada 2013 dan filem pada 2020:
#1 Dulu Mas tak pandai berenang sehingga hampir lemas. Sekarang ini siap ajak Jebat berenang lagi. Kalau boleh asyik nak duduk dalam kolam renang berdua sahaja.
#2 Dulu susah nak makan, sekarang kerja 'melantak'. Sampai terkedu Jebat tengok Mas pesan makanan!
#3 Kalau dulu ada babak Mak Jah buat drift, menjerit semua orang. Sekarang ini Mas pulak tunjuk kehebatannya buat drift semata-mata nak selamatkan Jebat! Sweetnya!
#4 Kalau dulu mereka baru nikah, sekarang ni dah pergi berbulan madu. Amboi, jauh sampai ke Prague! Sampaikan Mas tak bagi Jebat balik Malaysia.
Jadi, kalau nak tahu lebih kisah mereka, tunggu apa lagi, jom tonton filem Jebat di Astro First saluran 480 hari ini!
Dengan pembelian hanya RM15, penonton berpeluang menonton berulang kali filem Jebat dalam tempoh 48 jam.
BACA: Rugi Kalau Tak Tengok! Ini 5 Sebab Anda Wajib Tonton Filem Jebat
Apapun, jika anda nak ambil 'mood' Jebat, anda boleh layan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta di Gempak.
BACA: Selepas 6 Tahun, Sharnaaz & Nelydia Muncul Lagi! Kali Ini Dalam Versi Filem Jebat
Bagi mendapatkan info terkini mengenai Jebat, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
#Filem #MAS #Filem #Jebat