,
Berita

Dah Bersedia Timang Cahaya Mata, Njwa Mahu 3 Orang Anak

Syafiqah Jalal
27/06/2019
12:49 MYT
Penyanyi dan penulis lagu, Najwa Mahiaddin atau kini dikenali sebagai Njwa akui sudah bersedia untuk menimang cahaya mata.
Njwa berkata kepada HLive, sebelum ini dia dan suami, Idris Koh hanya focus pada kerjaya dan baru kini memikirkan tentang zuriat.
“Sebenarnya pada awal perkahwinan kami banyak fokuskan diri kepada kerjaya masing-masing.
“Tetapi kini saya sudah bersedia untuk menimang cahaya mata selepasa melihat rakan0rakan cjuga ramai sudah mempunyai anak.
“Bagaimanapun, buat masa kini belum ada rezeki lagi buat kami,” katanya.
Njwa mendirikan rumah tangga pada Idris Koh pada Mac 2015.
Sementara itu, pabila ditanya berapa orang cahaya mata yang diimpikan dalam keluarganya, Njwa menjawab tiga.
“Kalau boleh mungkin saya mahu tiga orang tetapi saya tidak berani untuk bercakap mengenainya kerana ia bukan boleh dirancang begitu sahaja,” katanya lagi.
Njwa kini dalam proses pembikan album terbaharunya yang bakal keuar pada penghujung tahun.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar