Pelakon, Zara Zya selamat menjalani pembedahan membuang beberapa ketumbuhan serta rawatan untuk dua sindrom yang dihidapinya iaitu Cervical Facet dan Lumbar Facet Syndrome.

Proses penyembuhan

Zara menerusi hantaran di Insta Story miliknya memaklum keadaan terkini selepas menjalani pembedahan.

BERITA TRENDING: “Tak Berani Atas Pentas, Saya Menyanyi Hanya Suka-Suka” - Zara Zya

Menurut Zara, dia kini berada dalam keadaan baik dan sedang memberikan fokus untuk proses penyembuhan.

“Alhamdulillah... Syukur, Allah sentiasa beri saya peluang berkali kali.

“Allah sangat sayangkan saya. Dia mahu saya sentiasa ingat pada dia sebab itu dia hadiahkan ujian ini buat saya. Terima kasih Allah…” tulisnya.

Sudah boleh duduk dan berjalan

Dalam hantaran yang sama, Zara juga memaklumkan dia kini sudah boleh duduk dan berjalan perlahan-lahan.

Selain itu, Zara juga berterima kasih kepada orang ramai kerana mendoakan kesembuhannya.

“Ini juga berkat doa kalian semua. Tak sangka, ramai yang sayangkan saya.

“Terima kasih sangat. Terharu saya. Hari ini saya dah boleh perlahan lahan duduk dan sedikit berjalan tau. Doakan saya terus kuat ya,” tulisnya.

BERITA TRENDING: Ibu Fatimah The Family UK Kongsi Fenomena Pelik Sejam Sebelum Prosedur Biopsi - "Mungkin Semuanya Hanyalah Kebetulan..."

BERITA TRENDING: Syatilla Melvin Muntah-Muntah & Mata Jadi Merah, Ramai Doakan Cepat Sembuh

Terdahulu, keadaan kesihatan Zara terganggu selepas disahkan menghidap dua sindrom yang mengganggu bahagian leher dan belakangnya.