Hiburan

“Tak Berani Atas Pentas, Saya Menyanyi Hanya Suka-Suka” - Zara Zya

gempak
Mya Amri
01/01/2024
04:55 MYT
Sponsor Banner
“Tak Berani Atas Pentas, Saya Menyanyi Hanya Suka-Suka” - Zara Zya
Pelakon Zara Zya tidak pernah berhasrat untuk menceburi bidang nyanyian secara serius walau pun tampil dengan single duet bersama usahawan kosmetik, Datuk Seri Alha Alfa.
Menurut Zara, single duet hasil ciptaan Yuka Kharisma yang berjudul Cinta Agung itu bukan dihasilkan untuknya bersaing dengan penyanyi sedia ada sebaliknya sebagai hadiah buat peminat.
“Saya tidak berani di atas pentas, boleh tengok saya menggigil nak menyanyi, ini pun mujur berdua, kalau seorang memang takkan jadi.
“Lagu ini bukanlah menandakan saya mahu menjadi penyanyi tapi apa yang saya boleh cakap sebagai hadiah.
“Bukanlah saya mahu naik pentas, buat ‘show’ sana sini, nak masuk Anugerah Juara Lagu (AJL) dan berlawan sana sini, tidak. Itu bukan saya. Forte saya masih lagi lakonan,” katanya ketika ditemui Gempak.
Zara ditemui pada sidang media Cinta Agung di restoran The Roomah, pusat beli belah Publika, baru-baru ini.

PILIHAN PEMBACA: Alha Alfa Lancar Lagu Duet Dengan Zara Zya Untuk Suka-Suka, Tiada Niat Jadi Penyanyi! - "Kelas Vokal Pun Tak Pergi"

Mengulas mengenai lagu tersebut, Zara menjelaskan penghasilan Cinta Agung adalah atas dasar persahabatan mereka yang terjalin sejak 2014 lagi.
“Dulu waktu kami banyak masa lapang, kami selalu pergi karaoke. Mungkin ini adalah hadiah dari Datuk Seri Alha sendiri atas persahabatan kami yang kami boleh kongsi dengan peminat.
“Lagu ini pun tak memerlukan kemahiran vokal yang besar, seperti penyanyi profesional, jadi ini adalah hadiah atas persahabatan kami dan juga peminat.
“Sebab sebelum ini saya pernah menghasilkan single Tiada Dendam, rasanya sekitar lapan tahun lalu.
“Peminat ramai yang tanya bila saya mahu keluarkan single lagi, jadi ini adalah satu buah tangan yang baik untuk mereka.
“Sejujurnya saya terharu bila Datuk Seri Alha ajak saya berduet dengan dia. Saya harap penerimaan positif terhadap lagu saya bersamanya.
“Saya bukanlah aktif dalam nyanyian, saya menyanyi hanya secara suka-suka dan bila peminat minta sesuatu dari saya, saya fikir apa yang saya boleh buat untuk mereka sentiasa dekat dengan saya. Menerusi lagu sajalah, sebab drama mereka sudah berulang tengok.
“Walaupun lagu Tiada Dendam itu sudah lapan tahun, mereka masih ingat jadi saya ingat mereka gembira dengan lagu ini,” jelasnya.
Dalam pada itu, Zara juga tidak menafikan kesukaran untuk merakamkan vokalnya, bagaimanapun selepas diberikan semangat oleh sahabat dan keluarga, dia optimis Cinta Agung boleh menerima maklum balas positif.
“Susah setiap kali saya nak keluarkan vokal, sebab bila bagi pesanan suara pada kawan pun, bila dengar balik kita rasa pelik, apatah lagi nak bagi orang dengar.
“Tapi bila Datuk Seri Alha kata okay, dan keluarga pun cakap boleh jual lagu ini, saya memberanikan diri. Alhamdulillah saya berjaya keluarkan juga.
“Sebenarnya saya ada sebuah lagu hasil ciptaan Wan Ahmad yang sudah siap rakamannya tapi masih menunggu nak keluar, tengok-tengok lagu ini keluar dulu,” ujarnya.
Dalam perkembangan terbaharu, produk Alha Alfa kini berada di awan biru melalui kolaborasi sulungnya bersama syarikat penerbangan Air Asia Shop melalui produk terbaharu iaitu Lip Matte Gradient Lips Edition.
Dalam masa yang sama, Alha Alfa Cosmetics juga memperkenalkan keluaran terbaharu minyak wangi eksklusif bersama primadona filem Melayu, Datin Seri Umie Aida, Perfume AA X Umie Aida, dan juga rangkaian Perfume AA sendiri.
Turut dilancarkan dalam majlis yang sama adalah single dan video muzik Cinta Agung duet bersama Zara Zya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live