Laman Utama

“Dah Buat Macam-Macam Untuk Berjaya” – Ashraf Muslim Puji Pelajar Sujud Syukur

gempak
Mya Amri
11/03/2021
12:30 MYT
Sponsor Banner
“Dah Buat Macam-Macam Untuk Berjaya” – Ashraf Muslim Puji Pelajar Sujud Syukur
Pelakon Ashraf Muslim memuji sikap para pelajar Maktab Tentera DiRaja yang melakukan sujud syukur selepas selesai menjawab kerta Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.
Menerusi akaun Instagramnya, Ashraf berkongsi sepotong tangkap layar yang diambil daripada status Facebook seorang guru bernama Hafizi Amran.
BACA: Lihat Pelajar Sujud Syukur Beramai-Ramai Selepas Tamat SPM, Guru Sebak & Tersentuh!
Menurut Ashraf, dia berasa terharu dan bangga dengan sikap terpuji para pelajar di maktab itu selain mendoakan agar mereka mendapat keputusan yang cemerlang.
“Mulakan dengan baik. Insya-Allah akan berakhir dengan baik. Mulakan dengan niat yang baik dan berakhir dengan tanda syukur pada Allah.
“Kita dah belajar, dah usaha, dah buat macam-macam untuk berjaya dan terakhir kita serahkan kepada Allah S.W.T.
“Bersedia untuk redha dengan apa sahaja keputusan Allah yang Maha Mengetahui. Insya-Allah. Allah tidak akan menghampakan kita, cuma perlu sabar kerana nikmat Allah itu pasti datang.
“Congratulations boys! You make us proud of you all. Terima kasih cikgu! InsyaAllah doa cikgu Piji akan Allah makbulkan. Amin,” coretnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen posting berkenaan, Hafizi atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Piji juga mengucapkan terima kasih kepada Ahraf kerana berkongsi coretannya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live