Laman Utama
“Dah Dua Tahun Tak Jumpa” - Tamat Pengajian Di Australia, Rosyam Nor Tonton Majlis Konvokesyen Anak Secara Online
Aktor Datuk Rosyam Nor memanjatkan kesyukuran apabila anak perempuannya Nurlisa Mohamed Nor berjaya menamatkan pengajian di Universiti Curtin, Perth Australia dalam sebuah majlis graduasi yang berlangsung pada Ahad.
Menurut Rosyam, dia sudah dua tahun tidak bertemu dengan anaknya itu dan mereka sekeluarga hanya mengikuti majlis graduasi Nurlisa secara maya di rumah.
“Alhamdulillah, papa mama dan seluruh ahli keluarga mengucapkan tahniah di atas penerimaan ijazah setelah 4 tahun berada di #curtinuniversity Perth Australia.
“Walaupun tak dapat bersama, hanya menonton di alam maya tapi gembira dapat menyaksikan sebentar tadi.
“Dah dua tahun tak jumpa. Miss you and love you @_nurlisa,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Pada majlis graduasi tersebut, Nurlisa yang tamat pengajian dalam bidang pengurusan dan pemasaran tampil cantik mengenakan baju kurung songket berona kelabu cair.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya menitipkan ucapan tahniah kepada pelakon filem KL Menjerit itu di atas pencapaiannya hebat anaknya.
“Tahniah Tok Rosyam,” komen seorang wargamaya.
“Tahniah Datuk dan keluarga,” ucap seorang wargamaya.
“Tahniah Nurlisa, papa dan mama. Dah boleh balik,” kata seorang wargamaya.
“Tahniah, saya pun dah dua tahun tak jumpa anak,” luah seorang wargamaya.
“Tahniah Lisa dah banggakan mak ayah. Alhamdulillah,” komen seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 26,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Must-Watch Video