Berita
“Dah Duduk Di Meja, Habis Baca Doa Lupa Pula…”- Elfira Loy Cerita Pengalaman Masak Ramadan Pertama
Pelakon Elfira Loy akui pengalaman masak Ramadan pertama kali ini lucu dan tidak dapat dilupakan.
Menurut Elfira hari pertama puasa yang lalu ibunya meminta untuk memasak beberapa lauk untuk berbuka bersama keluarga.
Namun bila tiba waktu buka, ia tidak seperti yang diharapkan apabila Elfira akui dia lupa untuk masak nasi.
Akhirnya, mereka hanya berbuka dengan air dan kurma serta hanya makan selepas selesai solat Maghrib.
“Kisah hari pertama , El cubalah masak untuk lauk berbuka , mama request masak sup tulang, masak lemak cili api rebung daging salai. Okay fine kita cubalah masak.
“Dah masak-masak happy duduk dekat meja tunggu azan, habis saja baca doa Allah! Lupa pulak masak nasi…ya Allah rasa macam nak tepuk dahi ni spoil.
“Dah malu terus jamah kurma minum air naik atas solat Maghrib dulu berjemaah. Haha
okay that’s my story. Korang dah ada ke cerita aneh-aneh walaupun baru hari ketiga berpuasa?,” tulisnya
Elfira berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Entri tersebut mendapa perhatian pengikutnya yang turut berkongsi pelbagai pengalaman berpuasa mereka
Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairol Anuar berkahwin pada 1 Januari tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata pertama Muhamad Rayyan Khalaf yang kini berusia enam bulan.
Must-Watch Video