Pasangan pelakon, Azwan Kombos dan isterinya, Ezzaty Abdullah bakal menerima kehadiran cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Berita gembira itu dikongsi Azwan menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.

Hantaran itu juga disertakan dengan foto terbaharu Ezzaty yang jelas menunjukkan bahagian perutnya.

Menurut Azwan, Ezzaty kini hamil lapan bulan dan berharap peminat dapat mendoakan kesihatan isteri dan anaknya.

“Dah lama nak kongsi berita gembira ni tapi disebabkan aktiviti dan kehidupan seharian kami, rasa macam tak sempat-sempat nak fikir masa yang sesuai.

“Jadi dengan rasa gembira nak kongsi yang isteri saya sedang hamil lapan bulan. Doakan yang terbaik buat baby dalam kandungan ya,” tulisnya.

A post shared by Azwan Kombos (@azwankombos)

Selain peminat, antara rakan selebriti yang turut mengucapkan tahniah kepada pasangan ini adalah Sherry Alhadad, Eina Azman, Dynas Mokhtar, Hannah Delisha dan Ummi Nazeera.

Azwan dan Ezzaty telah mendirikan rumah tangga pada 16 Julai 2016.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini juga dikurniakan seoran cahaya mata perempuan, Harum Dalia yang kini berusia lima tahun.