Setelah menunggu beberapa lama, kumpulan Samsons dari Indonesia melancarkan album terbaru mereka berjudul ‘V’.

Samsons yang dianggotai oleh Ariadinata sebagai penyanyi, Irfan Aulia sebagai pemain gitar, Erik Partogi Siagian sebagai pemain gitar dan Aldri Dataviadi sebagai pemain bass berkata ‘V’ adalah simbolik album kelima selama lebih dari 17 dalam industri muzik.

Menariknya, album ‘V’melibatkan puluhan pemuzik yang bergabung dalam Budapest Scoring Symphony Orchestra.

Seramai 55 orang pemain orkestra terbaik di Budapest yang terdiri daripada 40 strings player, 7 woodwinds player, 7 brass player, 1 percussionist yang penah terlibat dengan scoring untuk filem-filem Hollywood.


Sebanyak 12 lagu dimuatkan dalam ‘V’ termasuk beberapa single yang telah dirilis sebelum ini iaitu Ternyata Cinta, Tuhan Tak Pernah Salah, I Love U, Cinta Mati dan Jika Nanti yang dilancarkan bersama album ini.

Samsons mengekalkan genre pop rock ballad dan mengangkat tema cinta pada setiap bait-bait lirik lagu-lagu mereka.

SONG TRACK:
1. Lalu
2. Sampai Padamu
3. Ternyata Cinta
4. Tuhan Tak Pernah Salah
5. Andai Aku Tahu
6. Jika Nanti
7. I Love U
8. Denting Asmara
9. Cinta Mati
10. Tak Semestinya
11. Move On
12. Sahabat