Bekas isteri Ally Iskandar yang juga selebriti media sosial, Farah Lee meluahkan rasa berang apabila golongan wanita sering dipersalahkan sekiranya berlaku permasalahan dalam hubungan rumah tangga.
Bahkan, katanya, dia cukup tidak bersetuju apabila ada pihak yang tampil mendakwa seolah-olah permasalahan yang wujud dalam satu-satu perhubungan itu disebabkan oleh kesalahan wanita dalam memilih suami.
"Perempuan juga yang salah pilih suami. Perempuan lambat kahwin pun salah perempuan juga sebab memilih sangat katanya.
"Ibu tunggal takut nak kahwin pun salah sebab pentingkan diri tak fikir anak.
"Dah lelaki perangai cam haram tak salah pulak eh?," katanya menerusi satu ruangan komen di Facebook.
Komen berbentuk luahan itu kemudian dikongsikan Farah di Instagram Story miliknya.
Katanya lagi, tidak semua perempuan hanya mahu memilih lelaki yang berada dan mempunyai rupa sebagai pasangan hidup.
Bahkan, katanya, paras rupa dan kedudukan bukan menjadi ukuran kepada sikap dan keperibadian seseorang.
"Nak cakap perempuan pilih yang kacak yang kaya jelah eh? Ramai je lelaki tak kacak, tak kaya tapi perangai jadah.
"Lepastu, jenis-jenis yang pandai berlakon ni masa kenal tak ada pula tunjuk baran ke, pukul ke, dah kahwin baru nampak. Jadi, salah perempuan jugalah kalau macam tu?
"Memang trend salahkan mangsa bukan pemangsa eh sekarang?," soalnya.
Farah terpanggil untuk meluahkan hal tersebut selepas melihat ada pihak yang cuba meletakkan kesalahan kepada golongan wanita semata-mata dalam satu posting di media sosial.
"Jarang komen yang public post tapi hari ini, emosional sikit bila katanya 'kesilapan terbesar perempuan adalah salah pilih suami' sambil tunjuk keratan-keratan suami dajal," katanya.
Farah kini merupakan ibu tunggal yang membesarkan anaknya, Maream Esabel hasil perkahwinan pertamanya bersama Ally Iskandar.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 20 Januari 2012 sebelum berpisah secara baik pada 17 Ogos 2016.
ZULHILMI JALIL
Fri Aug 07 2020
"Saya Beruntung Ada Isteri Secantik Wawa" - Aeril Zafrel Tak Pernah Terlintas Nak Curang
Pelakon dan usahawan popular Aeril Zafrel tidak pernah terlintas untuk mencurangi isterinya Wawa Zainal
"Minta Maaf, Memaafkan Perlu Ikhlas, Jangan Sampai Memalukan Orang" - Syamsul Debat
Meminta maaf dan memaafkan tidak perlu meletakkan sebarang syarat apatah lagi sehingga mengaibkan dan menjatuhkan maruah orang lain.
Selepas Agih Ayam Secara Percuma, Geng Bertopeng Belanja Telur Sepapan Pula!
Sekumpulan individu dengan imej ‘bertopeng’ yang bertindak mengagihkan ayam secara percuma kepada orang ramai berhampiran Bukit Bintang berjaya mencuri perhatian ramai baru-baru ini.
Beza Agama, Ulama Berpendapat Pernikahan Rizky & Mahalini Bakal Tidak Sah?
Hubungan asmara penyanyi Rizky Febian dan Mahalini baru-baru ini menjadi perbualan hangat selepas salah seorang keluarga terdekat Mahalini telah berkongsi mengenai tarikh perkahwinan mereka.
Michael Ang Tak Setuju Budaya Minta Maaf Sambil Melutut - "Nak Orang Minta Maaf Tak Perlu Post Di Media Sosial"
Isu mengenai isteri kepada penyanyi rap, Caprice iaitu Farra Inalis yang meminta individu yang menghina anaknya melutut untuk meminta maaf mendapat perhatian ramai termasuk pengarah dan penerbit, Michael Ang.
Linkin Park Bakal Reunion, Vokalis Evanescence Ganti Mendiang Chester Bennington?
Satu sumber memberitahu kumpulan legenda Linkin Park akan reunion sekaligus melakukan siri jelajah konsert pada 2025.
Kekasih 40 Tahun Lebih Muda, Cher: “Seusia Saya Ramai Sudah Mati”
Sekitar akhir tahun 2022, penyanyi Cher mendedahkan dirinya kembali dilamun cinta menerusi perkongsian foto mesra bersama seorang lelaki.
Pernah Kaut Pendapatan Tinggi Live TikTok, Riezman Khuzaimi Dilantik Duta Agensi KamiSempoi
Setelah lebih dua tahun beroperasi, agensi Tiktok KamiSempoi International Agency melantik pelakon Riezman Khuzaimi sebagai duta.
"Benda Dah Settle Kenapa Nak Ungkit Lagi?" - Muaz Zabir Bidas Kenyataan Aliff Aziz!
Muaz Zabir tampil bersuara susulan isu podcast Aliff Aziz baru-baru ini.
Banyak Bagus Festival 2024 Gabung Artis Popular 4 Negara!
Banyak Bagus Festival (BBF) 2024 melakar sejarah tersendiri apabila menggabungkan artis popular dari empat negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.