Berita
“Dah Macam Duduk Di Negara Yah*di”- Bil Elektrik Melambung Hampir RM2,000, Fezrul Khan Berang!
Pelakon Fezrul Khan meluahkan rasa tidak puasa hati apabila mendapati jumpa bil elektrik yang dibayar melambung sehingga RM1943.50.
Menurut Fezrul harga tersebut sangat tidak masuk akal meskpin penggunaan elektrik dia banyak ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.
“Jumlah RM1943.50. Memang patuh duduk di rumah jadi elektrik lagi banyak la kita pakai . dah macam duduk dekat negara Yahudi macam ni harga.
“Syabas bayar memang kena bayar sikit-sikit tapi harga tu fuiyooo buat duit betul TNB (Tenaga Nasional Berhad).
“Tepuk sikit diskaun 2% je hahaha gurau ke ?( korang nampak tak bill semasa?) kalau dah kerja semua bawak ke rumah memang naik la bill lagi banyak eletrik pakai lagi sikit diskaun 2% kelakar sangat ni, lagi kurang letrik pakai diskaun smpai 50%. tak masuk akal,” katanya.
Fezrul berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto bil tersebut.
Pun begitu, Fezrul tetap berterima kasih kepada TNB kerana sudi memberikan penjelasan.
“Terima kasih TNB call sebab faham kenapa bil saya melambung , sebab kerja guna komputer untuk recording kena bawak balik rumah.
“Jadi komputer kene sejuk tak bole panas macam bilik server kena guna aircon ,kalau tidak hang dan jam.
“TNB pun baru pertama kali handle PKP . Yang bayar bil aku bukan korang jadi aku tunggu TNB datang rumah untuk discuss dengan aku dan seterusnya
“Kesian la kat rakyat, rakyat dah lah susah jangan tambah lagi beban,” katanya lagi.
Entri tersebut bagaimana pun mendapat perhatian pengikutnya yang turut mengalami situasi yang sama.
Must-Watch Video