Pelakon baharu Alya Iman mendedahkan dia kini sudah kembali berstatus bujang selepas berpisah dengan teman lelakinya, ahli perniagaan, Ridhwan Rosli.
Menurut Alya dia mengambil keputusan untuk memutuskan hubungannya bersama duda anak dua itu sejak bulan puasa baru-baru ini.
“Buat masa sekarang ni, saya single. Dah takde kena mengena dengan Ridwan. Tapi kami kekal bersahabat baik.
“Tapi saya tak available ya, sebab saya nak fokus pada karier dan tak rasa nak cari perhubungan baru sekarang ni.
“Cuma saya nak cakap, hubungan saya dengan Ridwan tu, kalau ada jodoh tak akan kemana sebab kami pun kekal sahabat,” kata Alya kepada Gempak.
Alya ditemui pada majlis sidang media filem terbaharu lakonannya berjudul 7 Minggu Sebelum Kahwin terbitan KRU yang akan disiarkan di Astro First pada 7 Julai nanti.
Jelas Alya lagi, terpalit dengan kontroversi orang ketiga yang melibatkan suami orang sekitar tahun 2020, masih ada netizen yanc menggelarkannya sebagai pisau cukur sehingga ke hari ini.
“Sampai ke hari ini orang masih bercakap buruk pasal saya, saya tiada kuasa nak menghalang orang untuk bercakap apa.
Sejujurnya, artis Malaysia ni kita kena terima je apa yang netizen nak cakap, saya terima dengan hati yang terbuka.
“Saya betul-betul cakap dengan diri saya, benda dah jadi, setiap ujian mesti ada hikmahnya, saya kena terima semua.
“Apa sahaja orang nak cakap pada saya, Insya-Allah takde yang menyakitkan hati,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Alya mendakwa dirinya sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang.
Namun selepas isteri individu tersebut membongkarkan hubungan sulit mereka berdua, kakak Alya memaklumkan segala kenyataan yang dikeluarkan mengenai berita pertunangan adalah tidak benar.
Sejak daripada itu juga, kehidupan mewah Alya atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil menjadi pertikaian dan buah mulut wargamaya.
Azwa Rahman
Wed Jun 29 2022


Lebih Sebulan Tutup Aurat, Fara Mendoza Kembali Seksi, Netizen: “Takpe Yang Penting Jiwa Tak Kacau”
Fara Mendoza kembali seksi

#GMWA23: Dr. Say, Siti Nurhaliza, Anna Jobling, Projek: High Council & DAMELO Antara Yang Tersenarai Dalam Top 20 Gempak Most Wanted Awards 2023
Siapakah pilihan hati untuk edisi GMWA kali ini?
Pengumuman Calon Top 20 Gempak Most Wanted Awards 2023 [PART 3]
Saksikan siapa calon Top 20 yang layak ke Gempak Most Wanted Awards 2023!
#GempakMostWanted
#GempakMostWantedAwards
#GempakMostWantedAwards2023
#GempakMostWanted
#GempakMostWantedAwards
#GempakMostWantedAwards2023
Pengumuman Calon Top 20 Gempak Most Wanted Awards 2023 [PART 1]
Saksikan siapa calon Top 20 yang layak ke Gempak Most Wanted Awards 2023!
#GempakMostWanted
#GempakMostWantedAwards
#GempakMostWantedAwards2023
#GempakMostWanted
#GempakMostWantedAwards
#GempakMostWantedAwards2023
Pengumuman Calon Top 20 Gempak Most Wanted Awards 2023 [PART 2]
Saksikan siapa calon Top 20 yang layak ke Gempak Most Wanted Awards 2023!
#GempakMostWanted
#GempakMostWantedAwards
#GempakMostWantedAwards2023
#GempakMostWanted
#GempakMostWantedAwards
#GempakMostWantedAwards2023

Video Porno Pemain Bola Sepak Negara Korea Selatan Tersebar
Video tersebut didakwa dirakam secara curi

Nas Muammar Zar Jadi Keluang Man, Ini Fakta Animasi Adiwira Yang Mengangkat Martabat Pesakit Mental
Fakta menarik tentang Keluang Man

Peminat Tanya Kenapa Marketing Album Baharu Tak Jalan, Ini Jawapan Penuh Hemah Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza jawab pertanyaan peminat
.png?ext=.png)
Rekod Perubatan Isteri Pertama Tersebar, Alif Teega Didakwa Dera Aisyah Hijanah?
Hmm betul ke ni?

Netizen Kritik Aksi Mosh, Sifatkan Tarian Sebagai ‘Bodoh’ - “Berhibur Style Apa Ni?”
Hmm menari lah macam mana pun, asalkan bahagia