,
Laman Utama

Dah Ready Nak Sakit Hati? Ini Dia Watak-Watak Hebat Dalam Dendam Seorang Isteri

Mya Amri
21/03/2022
09:15 MYT
Setelah sekian lama menanti, akhirnya drama Dendam Seorang Isteri yang diadaptasi dari drama terbaik Korea, Temptation Of Wife bakal membuka tirai hari ini.
Lihat sahaja nama empat pelakon utamanya iaitu Fasha Sandha, Nad Zainal dan Wan Raja pun sudah tahu tahap kehebatan lakonan mereka.
Malah menerusi media sosial juga warga maya sudah mula menunjukkan rasa tidak sabar untuk menonton episod pertama yang akan bersiaran bermula hari ini.
Drama arahan Uchee Fukada dan Nizam Zakaria bersama Shahrulezad ini merupakan terbitan Radius One Sdn Bhd.
Ehem dah ready ke tu? Berikut adalah perkara-perkara yang akan berlaku untuk menaikkan keinginan menonton Dendam Seorang Isteri jam 6 petang ini.
#Nad Zainal
Ini merupakan kemunculan pertama Nad Zainal di slot Tiara (Astro Prima). Kirana merupakan teraju utama yang bakal ‘membakar’ hati penonton dengan lakonannya. Pelakon hebat ini jug beraksi dengan ‘queen of telenovela’ Fasha Sandha.
#Fasha Sandha
Merupakan 'Queen of Telenovela guys!' Setiap drama lakonan Fasha confirm best! Dendam Seorang Isteri ialah drama keempat untuk pelakon hebat ini sebagai teraju utama di saluran Prima.
Amira dikatakan karakter yang agak mencabar untuk Fasha Sandha kerana perlu memainkan dua watak iaitu Amira dan Neelisa. Siapa Neelisa? Tunggu dan lihat.
#Ziema Din
Mona merupakan ibu mentua Amira yang bakal menaikkan darah anda dengan layanannya terhadap Amira. Dibintangi oleh Ziema Din, Mona bakal memainkan peranan penting dalam drama ini.
#Wan Raja
Harris merupakan antara karakter lakonan hebat Wan Raja. Harris ini bakal membuatkan anda geram dengan perangainya yang pantang melihat wanita. Harris yang juga ada ‘soft-side’ bakal menjadi pemangkin utama di dalam plot Dendam Seorang Isteri. Saksikan episod pertama Dendam Seorang Isteri secara eksklusif menerusi slot Tiara di Astro Prima (saluran 105) hari ini, jam 6 petang.
Pada yang terlepas boleh juga tonton di Astro Go & On-Demand. Jangan lupa untuk hashtag #dendamseorangisteri di media social anda!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Inayah Beauty Hulur RM500,000 Bantu 2,500 Keluarga Di Gaza! - "Kami Bercita-Cita Jadikan Kutipan Ini Acara Tahunan"

gempak
20/10/2024
15:15 MYT
Buat julung kalinya, Inayah Beauty telah membuat langkah besar dengan membantu keluarga di Gaza, Palestin, melalui sumbangan RM500,000 kepada Yayasan Nurjiwa.
Hiburan

Tak Sebelah Mana-Mana Pihak, Fasha Sandha Doakan Yang Terbaik Buat Fazura-Fattah

gempak
14/10/2024
08:25 MYT
Pelakon, Fasha Sandha berkongsi pendapatnya berkaitan pengakhiran kisah rumah tangga sahabat baiknya, Nur Fazura dan Fattah Amin yang sah bercerai pada 7 Oktober lalu.
Hiburan

Astro Perkenal Program Bual Bicara ‘Borak SeeNI’

gempak
01/10/2024
19:25 MYT
Astro dan Nu Ideaktiv dengan bangganya membawakan isu hangat dan terkini ke kaca televisyen menerusi program bual bicara baharu, ‘Borak SeeNI’ yang mula bersiaran pada hari ini.
Hiburan

Fasha Sandha Menangis Terkenang Dugaan Rumah Tangga Fazura - “Saya Juga Pernah Lalui Kegagalan…”

gempak
28/09/2024
06:55 MYT
Pelakon Fasha Sandha gagal menahan air mata apabila diminta mengulas mengenai ujian yang menimpa rumah tangga sahabatnya iaitu aktres Nur Fazura.
Hiburan

Puteri Sarah Diangkat Ikon Ibu Tunggal - "Dia Ajar & Beri Nasihat Bagaimana Menyayangi Anak-Anaknya"

gempak
10/07/2024
11:16 MYT
Dua pelakon Puteri Sarah Liyana dan Nad Zainal menerima Anugerah Khas dari syarikat MommyHana.
BorakSeeni