Terkini

“Dah Setahun Jadi Ibu Tunggal” - Kuza Dedah Sudah Bercerai Selepas 12 Tahun Bersama

gempak
ZULHILMI JALIL
29/07/2020
10:23 MYT
Sponsor Banner
“Dah Setahun Jadi Ibu Tunggal” - Kuza Dedah Sudah Bercerai Selepas 12 Tahun Bersama
Pelakon Kuza mendedahkan bahawa dia kini sudah menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal sejak setahun yang lalu.
Kuza atau nama sebenarnya, Tengku Sariza Tengku Muzani, 47, berkata, dia berpisah dengan suaminya, Ramyus Sidique pada tahun lepas.
"Saya sekarang ini sudah menjadi ibu tunggal sejak setahun yang sudah.
"Saya berpisah dengan suami pada tahun lalu selepas kami hidup bersama selama 12 tahun," katanya kepada Astro Gempak.
Bagaimanapun, Kuza enggan mendedahkan secara terperinci mengenai punca perpisahannya itu.
Jelas Kuza lagi, dia mengakui lebih selesa untuk tidak bercerita kepada umum mengenai hal kehidupan peribadinya.
"Saya memang jaga hal peribadi sebagai privasi. Kalau saya rasa perlu untuk berkongsi, saya akan kongsi. Kalau saya rasa tak perlu, lebih baik saya simpan sendiri.
"Anak-anak saya pun perlukan privasi. Jadi, saya perlu hormat mereka juga," katanya ketika ditemui sewaktu majlis pelancaran produk Ali Zahra Madeena di ibu kota hari ini.
Kuza mendirikan rumah tangga dengan Ramyus pada 2007. Ia merupakan perkahwinan ketiganya.
Bagaimanapun, menerusi perkahwinan itu pasangan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata.
Kuza mempunyai tiga orang anak berusia antara 15 hingga 26 tahun hasil perkahwinan terdahulu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live